PETUA
Tanam Timun Jepun Cara Mudah Di Halaman Rumah, 2 Bulan Dah Berbuah

Tanam Timun Jepun Cara Mudah Di Halaman Rumah, 2 Bulan Dah Berbuah
Timun jepun cukup popular dan semakin digemari berbanding timun biasa kerana isinya yang lebih rangup dan terasa lebih manis menyebabkan sangat sedap dijadikan ulam dan dimakan dengan nasi putih panas-panas. Lagi sedap kalau dicicah dengan budu atau sambal belacan.
Tetapi, harganya juga agak mahal berbanding timun biasa dek kerana rasanya yg sangat berkualiti dan sedap. jadi kalau nak jimat kita boleh je tanam sendiri, lagi puas hati bila petik nanti. Caranya pun senang saja, 2 bulan dah boleh kutip hasil.
Cara penanamannya sangat mudah dan ringkas dikongsikan oleh Shafiruz Zaini, Jom kita tengok senang ke susah nk tanam.
Tanam timun Jepun, 2 bulan dah berbuah
Pertama kali tanam timun Jepun. Ambil masa 2 bulan untuk berbuah. Tuaian pertama 2 biji, 2 hari kemudian 2 biji lagi. Banyak belajar dari group ini & youtube cara menjaganya.
Langkah-langkah penanaman:
1. Semai biji benih guna cocopeat, siram dan letak tempat teduh.
2. Bila dah bercambah empat daun boleh pindah ke polibeg. Siram waktu pagi dan petang.
3. Bila pokok dah membesar buat pancang dan juga ikat dengan tali rafia supaya pokok boleh menjalar. Saya letak 2 tempat, ikat pokok dengan tali rafia di bawah khemah kanopi & di depan halaman rumah.
Pokok sebelah kiri yang kena cahaya lebih cepat membesar
4. Bila banding 2 lokasi pokok, di depan halaman membesar & berbuah lebih banyak. Di bawah kanopi kawasan agak panas, pokok yang kurang cahaya lambat membesar.
Pokok di halaman rumah sebelum pasang sun netting.
5. Untuk baja saya guna jenama Chitosan, tabur 1 sudu setiap 2 minggu. Di kawasan rumah banyak siput babi, jadi beli racun siput jenama Siputox, tabur waktu lewat petang, esoknya banyak siput yang mati.
6. Untuk elak pokok layu akibat panas boleh guna auto drip watering, letak botol 1.5L, titisan air boleh dilaraskan.
Hasil tanam sendiri memang memuaskan dan seronok bila petik & makan hasil tanaman sendiri.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Shafiruz Zaini Via vanillakismis.my
Apa komen anda?Dah baca jangan lupa like dan follow kami di majalah sinar.
-
TERKINI1 year ago
Sape Yang Tak Sedih Anak Dah Tertiarap Selama 42jam , Ayah Kepada Siti Sarah Turut Bersedih Namun Tak Mahu Untuk Ditemubual
-
Uncategorized12 months ago
Subhanallah..Meningg4I Di Depan Mak4m Nabi, Rupanya lni AmaIan Sepanjang Hay4tnya
-
AGAMA2 years ago
Cara Mengamalkan Al-Fatihah Untuk Diri Sendiri, Memang Rugi jika tak Amal
-
AGAMA2 years ago
Sesuai Sabda Rasulullah, 5 Lokasi Ini Berhubungan Erat dengan Tanda-Tanda Kiamat Besar
-
AGAMA3 years ago
Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah yg dahsyat
-
TERKINI1 year ago
(TERKINI) Noor ShafieIa Mningg4I Dun1a,Anak Prempvan Safura Yaacob
-
AGAMA3 years ago
Pulangkan Balik Sihir Kepada Tuannya Dengan Membaca Surah Az-zalzalah 3 Kali
-
AGAMA3 years ago
Sepenat Mana Kerja Suami, Takkan Dapat Lawan Penat Isteri di Rumah