SEMASA
[VIDEO] Niat Nak Rakam Pacat Ketika Hiking, Kelibat Sosok Berambut Panjang Pula Buat Netizen Meremang

[VIDEO] Niat Nak Rakam Pacat Ketika Hiking, Kelibat Sosok Berambut Panjang Pula Buat Netizen Meremang
TIDAK dinafikan mendaki (hiking) merupakan aktiviti mencabar dan menyeronokkan yang boleh dilakukan secara berkumpulan bersama keluarga mahupun rakan. Aktiviti hiking bukit mahupun gunung semakin menjadi kegilaan ramai dan dilihat menjadi destinasi riadah yang pilihan pelbagai peringkat umur.
Namun dalam keseronokkan melakukan aktiviti tersebut, pasti terselit beberapa dugaan sepanjang melalui trek laluannya. Seperti seorang pemuda yang tampil berkongsi aktiviti berkenaan dan mencuri perhatian ramai. Menerusi sebuah video dimuat naik di TikTok miliknya @kifley02, dia menunjukkan puluhan ekor pacat yang berada di dalam kasutnya sewaktu hiking.
Tulisnya di ruangan kapsyen video tersebut, “agaknya binatang ni ada berapa ekor?”
Dalam melihat aksi pacat yang menggelikan itu, tiba-tiba lain pula yang terjadi apabila ramai warga maya melihat sosok misteri dalam video tersebut.
Dia dilihat secara tidak sengaja merakam satu jelmaan berambut panjang lengkap berbaju putih sedang duduk di sebalik batu di kawasan air terjun tersebut. Pemuda tersebut turut mengakui yang dia tidak perasan dengan kehadiran entiti tersebut sehinggalah meneliti video itu kembali dan melihat ada sesuatu.
“Tak perasaan… mungkin akak tu tengah syampu rambut tu…” selorohnya.
Namun, dalam posting video berasingan, pemuda tersebut turut berkongsikan video dirinya yang sedang mandi di air terjun tersebut namun entiti itu hilang dari pandangan.
“Si ‘rambut panjang’ tu dah lari dah… sejuk kot mandi lama-lama,” tulisnya.
Video berkenaan telah mendapat lebih 5 juta tontonan dan hampir 1,000 komen yang rata-ratanya mengakui seram dan meremang bulu roma.
LIHAT VIDEO DI SINI

Ujar mereka;
“Seram wey kat batu tu… tu mesti peminat abg. Awat tak bawak turun kesian dia sejuk.”
“Selalu aku nampak samar-samar je, sekali kat air terjun tu nampak jelas gila.”
“Bukan pacat ja yang buat aku seram, ada satu tu dok perhati pun seram gak tu.”
“Nampak samar-samar tak caya, nampak jelas lagilah aku tak caya.”
“Adoi banyaknya… aku kalau kena seekor pon dah menjerit satu alam eeee.”
Sumber: sinarplus, yoy.my
-
TERKINI1 year ago
Sape Yang Tak Sedih Anak Dah Tertiarap Selama 42jam , Ayah Kepada Siti Sarah Turut Bersedih Namun Tak Mahu Untuk Ditemubual
-
Uncategorized12 months ago
Subhanallah..Meningg4I Di Depan Mak4m Nabi, Rupanya lni AmaIan Sepanjang Hay4tnya
-
AGAMA2 years ago
Cara Mengamalkan Al-Fatihah Untuk Diri Sendiri, Memang Rugi jika tak Amal
-
AGAMA2 years ago
Sesuai Sabda Rasulullah, 5 Lokasi Ini Berhubungan Erat dengan Tanda-Tanda Kiamat Besar
-
AGAMA3 years ago
Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah yg dahsyat
-
TERKINI1 year ago
(TERKINI) Noor ShafieIa Mningg4I Dun1a,Anak Prempvan Safura Yaacob
-
AGAMA3 years ago
Pulangkan Balik Sihir Kepada Tuannya Dengan Membaca Surah Az-zalzalah 3 Kali
-
AGAMA3 years ago
Sepenat Mana Kerja Suami, Takkan Dapat Lawan Penat Isteri di Rumah