Connect with us

SEMASA

Bayar cash guna duit tabung.Pemuda ini enggan ikut trend! Tak malu beli Kancil usia 25 tahun… yang penting kekasih OK.

Published

on

Bayar cash guna duit tabung.Pemuda ini enggan ikut trend! Tak malu beli Kancil usia 25 tahun… yang penting kekasih OK.

Wais memilih kereta Perodua Kancil sebagai pilihan untuk berjimat cermat.
UKUR baju di badan sendiri.

Begitulah pepatah boleh dikaitkan dengan jejaka yang bangga menayang kereta jenis Perodua Kancil terpakai berusia kira-kira 25 tahun yang telah dibeli pada Khamis lalu.

Menurut Muhammad Uwais Al-Qarni Mad Jan, 23, kereta itu dibeli secara tunai dengan harga RM5,500 hasil simpanan selama 18 bulan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Salah satu sebab saya pilih untuk beli kereta Kancil dari dulu lagi sebab maintenance kereta ni murah dan jimat minyak. Kalau rosak setakat sikit-sikit saya masih mampu baiki lagi.

Jejaka ini merupakan anak jati Johor Bahru, Johor.

“Sebelum buat keputusan nak beli kereta yang mana, 10 tempat juga saya survey. Sampai ke Segamat saya pergi tengok kereta-kereta Kancil ni.

“Akhirnya jumpa satu kereta dekat Bachang, Melaka ni gearbox kereta masih elok lagi. Saya pun pergi rumah pakcik tu untuk urusan jual beli kereta dia,” ujarnya.

Menurut pemuda yang dikenali sebagai Wais ini, dia tidak m4lu dan tak ambil peduli tentang pandangan masyarakat mengenai pembelian kereta tersebut.

Wais merupakan anak bongsu daripada lima beradik.

Merupakan salah seorang anggota badan beruniform yang berkhidmat di Melaka, dia lebih selesa hidup bersederhana dan tidak terikat dengan hutang untuk membayar ansuran kereta.

Menurut anak jati Johor Bahru, Johor ini, kekasihnya sendiri menghormati dan memahami keputusannya memilih untuk membeli kereta yang tidak lagi menjadi pilihan utama masyarakat kini.

“Antara sebab saya beli kereta Kancil pun sebab saya nak simpan duit untuk kahwin juga. Kalau saya beli kereta baru nanti terikat dengan ansuran bulanan sampai sembilan tahun pula.

“Saya tak ada ikut mana-mana trend atau kelab kereta Kancil pun, cuma kebetulan sekarang ni di Melaka musim hujan.

Gambar wang berjumlah RM5,500 hasil simpanan jejaka ini untuk membeli kereta idaman.

“Saya dah setahun lebih naik motor pergi balik kerja kena hujan. Jadi saya pun terdes4k nak pakai kereta sekarang ni,” balasnya yang enggan mendedahkan lebih lanjut tentang kerjanya.

Berkenaan video yang tular di akaun TikTok miliknya yang meraih lebih 200,000 tontonan, Wais telah menerima banyak pujian daripada netizen.

“Walaupun Kancil tapi cash, d4hsyat!

“I feel you bro. Kepuasan beli barang tanpa hutang ni lain macam sikit.

“Tahniah bang jaga elok-elok lawa Kancil tu bro,” komen beberapa netizen.

Dia tidak menyangka bahawa video tersebut akan menjadi perhatian ramai kerana pada mulanya dia memuat naik rakaman di akaun TikToknya sebagai simpanan peribadi sahaja.

Wais bersama kereta yang baru sahaja dibeli.

Berkongsi kisah dengan lebih lanjut, Wais memberikan tip menabung kepada sesiapa yang berhajat untuk memiliki sebuah kereta.

“Konsep yang saya amalkan sampai boleh beli kereta secara cash adalah 20 peratus daripada gaji adalah simpanan.

“Mungkin setiap orang ada cara masing-masing dalam menabung tapi saya sendiri memang guna tip ni selama setahun enam bulan ni.

“Semoga perkongsian saya ni boleh memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang ada target nak beli sesuatu barang,” ujarnya.

Sumber : Mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending