Connect with us

SEMASA

(VIDEO) “Pecah dah rahsia I”, Mirip dengan penari, ramai Cakap AC Mizan buat job tepi

Published

on

(VIDEO) “Pecah dah rahsia I”, Mirip dengan penari, ramai Cakap AC Mizan buat job tepi

Sejak semalam, video seorang penari yang mengiringi nyanyian Ayu Damit tular di media sosial apabila videonya sedang membuat persembahan telah dirakam dan dimuat naik ke aplikasi TikTok milik @daruslantak.

Macam sama tapi bukan dia

Apa yang membuatkan ramai ‘terkasima’ adalah wajahnya yang seiras dengan pengacara terkenal Tanah Air, Dato’ AC Mizan.

Hal tersebut membuatkan ramai terhibur dan meninggalkan komen-komen lucu di ruangan TikTok berkenaan kerana merasakan penari itu dan Dato’ AC benar-benar mirip.

Video: https://www.tiktok.com/@daruslantak/video/7052131037710683419

Nama Dato’ AC kena ‘petik’

Sedar akan namanya ‘dipetik’ netizen dan video terbabit juga sedang tular, pengaca program Maharajalawak Mega itu telah memberi respon yang sempoi di ruangan Instagramnya.

Dia juga mengakui yang wajahnya mirip sekali dengan penari berkenaan walaupun menafikan individu tersebut merupakan dia.

Namun, Dato’ AC secara berseloroh telah memaklumkan yang ‘rahsianya’ sudah terbongkar apabila video tersebut tular.

“Terima kasih Dato’ jadi penari di persembahan saya”

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan sama-sama bergurau dengan pengacara berkenaan berkaitan video penari itu. Mereka juga dilihat tetap mempertahankan kenyataan yang penari tersebut memang Dato’ AC dan turut dibalas oleh selebriti berkenaan.

Sumber: TikTok @daruslantak, Instagram emyliadac

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Majalah Sinar Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak MajalahSinar tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending