Bendung segera penularan Influenza

- Advertisement -

KEMENTERIAN Kesihatan seharusnya segera bertindak dalam menangani penyebaran virus influenza A dan isu ketidakcukupan bekalan ubat serta katil wajar dibendung.

- Advertisement -

Hal ini kerana, jangkitan influenza atau flu sangat mudah tersebar buktinya dalam beberapa hari sahaja jangkitan ini menular yang bermula dari Pulau Pinang namun kini kes turut berlaku di Kuala Lumpur.

Lebih membimbangkan adalah pesakit yang dijangkiti influenza A tidak semata-mata mengalami demam, batuk dan selsema malah boleh menyebabkan jangkitan teruk kepada kumpulan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan boleh membawa kepada kes kematian.

Perkara ini tidak sewajarnya dibiarkan berlarutan dan Kerajaan sewajarnya menyediakan plan alternatif bagi mengatasi masalah kekurangan katil agar pesakit mendapat perlindungan yang sepenuhnya sekaligus dapat mengurangkan penyebaran virus berlaku.

Selain itu, Kerajaan juga perlu memastikan suntikan vaksin influenza mencukupi bagi menampung semua golongan sama ada kanak-kanak mahupun dewasa dan sewajarnya mengambil langkah drastik bagi memastikan suntikan imunisasi kepada virus influenza A diambil oleh seluruh rakyat Malaysia agar setiap individu selamat daripada diserang virus tersebut.

Justeru, saya berharap agar virus ini terus dibendung daripada penularan yang lebih luas dan Kerajaan sewajarnya mengambil langkah proaktif dalam menzahirkan kepentingan nyawa setiap rakyat terus diutamakan.

“Islam Memimpin Perpaduan”

YB SHAHARIZUKIRNAIN ABDUL KADIR
Ahli Parlimen Setiu – HARAKAHDAILY 10/1/2020

- Advertisement -