Connect with us

TERKINI

“Sudah 90% Siap, Kini HiIang Sekelip Mata” – Mahligai Impian Ebby Yus Dih4nyutkan Air

Published

on

“Sudah 90% Siap, Kini HiIang Sekelip Mata” – Mahligai Impian Ebby Yus Dih4nyutkan Air

Siapa sangka, mahligai impian dibina pelawak, Ebby Yus hasil titik peluh lebih tiga dekad mengabdikan d1ri dalam dunia seni, musnah sekelip mata apabila dihanyutkan air deras dalam benc4na banjir di Kuala Langat, Selangor, semalam.

Ujian menyerang siapa saja tidak pandang bulu. Sebagaimana orang miskin diuji, orang kaya pun demikian. Sebagaimana rakyat jelata diuji, maka para penguasa juga diuji.

Bahkan, bisa jadi ujian yang dirasakan oleh penguasa dan orang-orang kaya lebih berat daripada orang miskin dan rakyat jelata.

 

Foto mahligai dibina Ebby sebelum dihanyutkan dalam banjir di Kuala Langat, semalam. Foto Ihsan Ebby Yus

Menceritakan insiden itu, Ebby berkata, dia bersama pembantu peribadi pergi melihat kerja-kerja akhir pembinaan rumah dua tingkat itu termasuk proses memasang kertas hiasan dinding, tengah hari semalam.

Rumah yang tinggal 10 peratus untuk disiapkan di tanah setengah ekar di kawasan penempatan itu, dihanyutkan air deras, mengakibatkan Ebby atau nama sebenar, Muhammad Yunus Abdul Rashid kerugian hampir RM200,000.

“Tanpa disangka, musibah datang hingga habis rumah yang dibina menggunakan separuh batu dan separuh lagi kayu ‘lenyap’ dalam kejadian banjir, petang semalam.

Sisa tinggalan rumah Ebby yang dihanyutkan arus deras dalam banjir di Kuala Langat, semalam. Foto Ihsan Ebby Yus

Ebby berkata, kerja pembinaan rumah itu dilakukan sedikit demi sedikit dan kerap terhenti kerana dia jatuh $akit selain sekatan akibat penularan pandem1k C0VID-19.

“Inilah rumah impian saya sejak lebih 30 tahun berkecimpung dalam arena seni… Saya akur dengan ketentuan ini,” katanya kepada BH Online.

“Sebelum ini, projek pembinaan bertukar kontraktor kerana masalah tidak terduga… Biasalah, kerja bina rumah semuanya perlukan wang,” katanya.

“Setiap kali dapat bayaran berlakon, saya peruntukkan untuk rumah itu. Kali terakhir selepas dapat bayaran daripada penerbit sitkom Jenaka Kampung Kalut ( JKK), saya lunaskan baki bayaran projek pembinaan rumah itu.

Ebby yang berasal dari Negeri Sembilan berkata, dia menyewa di Kampung Baru di sini, sejak 20 tahun lalu.

Video:

Sumber : BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Majalah Sinar Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak MajalahSinar tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending