Tip mendidik anak menabung

- Advertisement -

TIP ini sesuai untuk dimulakan sekarang, sempena musim awal tahun persekolahan.

Hanya perlu tukar skrip ketika menghulurkan wang saku kepada anak.

Selalunya, kita akan ucapkan;

“Along atau Angah atau Acu, nah ambil duit belanja RM3. Belanja elok-elok beli makanan, kalau lebih; simpan dalam tabung”.

“Belanja dulu. Kalau lebih, simpan”.

Skrip ini diulang sedari anak darjah 1 hingga ke sekolah Menengah hingga ke IPT.

Akhir sekali, daripada rutin ia menjadi tabiat sehingga anak tadi menginjak dewasa. Tabiat itu ialah tabiat ‘belanja dulu baru simpan’ yang akhirnya, langsung tidak menyimpan.

Buktinya, berdasarkan kajian oleh BNM tahun lalu, hanya 6 peratus rakyat Malaysia yang mempunyai simpanan melebihi 6 bulan gaji.

Jadi, untuk mengubah masa depan anak-anak kita, cuba ubah skrip;

“Along atau Angah atau Acu, nah ambil duit belanja RM3. Simpan 50 sen, ada lebih baru belanja.

Mudah-mudahan pesanan ini menjadi rutin dan seterusnya menjadi tabiat baru;

‘Simpan dulu, baru belanja’

Nak cuba esok? Pastikan siapkan tabung dan wang kecil untuk mulakan simpanan itu.

AFYAN MAT RAWI

DIPETIK DARI: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2599817523635186&id=1683130978637183HARAKAHDAILY 2/1/2020

- Advertisement -

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.


- Advertisement -