Connect with us

SEMASA

PALING S3DIH TUK̷AR NOMBOR TELEFON PUN TAK BAGITAHU,ADIK BER̷ADIK LANGSUNG TAK P4ND̷ANG KAMI SEBAB KAMI M̷AMPU PAK4I PROTON SAGA JE, DORANG PAKAI EST1MA

Published

on

PALING S3DIH TUK̷AR NOMBOR TELEFON PUN TAK BAGITAHU,ADIK BER̷ADIK LANGSUNG TAK P4ND̷ANG KAMI SEBAB KAMI M̷AMPU PAK4I PROTON SAGA JE, DORANG PAKAI EST1MA

Sedihnya rasa. Adik beradik tak pandang dah, kami cuma pakai saga, mereka pakai estima.

Assalamualaikum.

Kami antara pasangan yang terkesan dengan kenaikan harga barang & taraf hidup. Pendapatan kami sekadar cukup makan . Berkelahi tentang wang bukan lagi rutin bulanan kami. Kami mula belajar tentang bersyukur dan bertolak ansur.

Pertama sekali terima kasih kepada admin kerana menyiarkan confession ini.

Mari baca confession ni dari sudut kekeluargaan. Lupakan tentang pandangan politik dan naik turun matawang kita.

Penggunaan RM yang terhad berbanding dengan permintaan yang tinggi membuatkan kami suami isteri ikat perut. Ya, ikat perut. Kalau sekali ke pasaraya spend rm100. Ya, kami adalah pasangan yang tak mampu untuk membeli belah.

Mana nak fikir rumah sewa, susu pampers anak, perbelanjaan harian, ansuran kereta & motor.tanggungan ibu bapa & mertua. Sesak nafas!

Kami sampaikan pernah cuba menunggang motor dari Subang ke Kota Damansara membawa anak yang tak sampai setahun. Semua gara-gara ingin berjimat. Sudahnya, seminggu anak saya selsema..kata doc sebab asap & paru paru anak masih tak cukup kuat.

Saya pernah bersembang dengan seorang kakak didalam bas. Waktu itu sekitar jam 12+ tengahari, dia baru balik kerja. Jaga parking sekitar sentul. Katanya dia kerja malam sebab ada elaun, sy komen “sekarang ni nak makan pun susah,kan” katanya gaji dia rm1200,

gaji suami rm900, tinggal bersama mak yang lumpuh, 2 anak yang masih bersekolah & adik yang ada masalah mental. Rutinnya balik kerja berhenti di chow kit road untuk membeli barangan basah, balik masak dan tidur. Kisahnya merentap hati saya. Bagaimana saya boleh fikir miskin berbanding kakak ni..

Toyota estima

Saya pernah terdengar kata kata indah, wang tidak mengubah seseorang, wang hanya menzahirkan nilai kamu yang sebenar. Sungguh! Bila tiada seorang pun dari 6 orang ahli keluarga saya sudi datang kerumah, terngiang ngiang kata kata ini ditelinga. Tinggal di flat murahan dengan perabot serba kekurangan membuatkan saya rasa sedikit terhina.

Tambah pula bila adik beradik ipar yang dulunya memilih rumah kami sebagai destinasi wajib tiap kali dtg ke KL mula ke rumah adik ipar yang baru berkahwin dan tinggal di Kondominium. Kereta Saga kami yang usung mereka kemana saja bukan lagi pilihan setelah adik ipar menukar kereta toyota lama kepada estima.

Mulanya kami berbaik sangka, mesej adik ipar yang duduk di kondominium ni walaupun tak balas. Fikir saya sibuk barangkali. Tapi, tadi dapat tahu dari adik ipar bongsu, adik ipar ni dah tukar no tel. Bila ditanya no baru, kakaknya pesan suruh mesej no lamanya saja.

Ya, no yang whatsappnya tak pernah dibalas sejak september. Seketika saya teringat, 4 kali kerumah mereka tanpa sekali pun sudi datang ke rumah kami. Adik beradik ipar dah berjangkit penyakit adik beradik saya ke?

Mungkin kisah ni lebih kepada sensitiviti orang miskin. Mungkin saya terlalu berfikir tentang perkara yang tak perlu diambil endah orang orang lain.

Saya tak tahu apa yang orang lain alami. Tapi saya yakin ada sesuatu yang Allah mahu tunjuk kepada kami. Mungkin nasi panas & ikan kering kami tak layak untuk tekak orang lain. Mungkin lantai alas tikar getah kami buat kulit mereka gatal… mungkin!

Wallahi, kalau kamu baca dan tahu siapa kamu, datanglah bila bila masa, pintu rumah kami masih & sentiasa terbuka untuk kamu. Adik, abang, kakak,…

kerana darah yang mengalir dalam badan saya & suami adalah darah yang sama dengan kamu. Walaupun darah ini hina kerana kemiskinan kami.

Sumber : majalahilmiah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Majalah Sinar Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak MajalahSinar tidak  bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending