Connect with us

SEMASA

(VIDEO)CIKGU INI KEC3WA BILA PENT4DBIR SEKOLAH AS1NGKAN DIA KERANA TIDAK V4KS1N,CIKGU INI TvNJUK DIMANA DIA KENA AS1NG

Published

on

(VIDEO)CIKGU INI KEC3WA BILA PENT4DBIR SEKOLAH AS1NGKAN DIA KERANA TIDAK V4KS1N,CIKGU INI TvNJUK DIMANA DIA KENA AS1NG

Video seorang guru mendakwa dia diasingkan pihak sekolah di sebuah bilik simpanan (stor) tukang cuci yang tular di media sosial mendapat pelbagai reaksi netizen.

VIdeo berdurasi sekitar tiga minit itu menjadi tular pada aplikasi TikTok yang dimuat naik pemilik akaun bernama Asda Yanti Mh sejak semalam dan sudah mencecah 1.2 juta tontonan sehingga kini.

Guru salah sebuah sekolah menengah di Ipoh tersebut dipercayai diasingkan pihak sekolah ekoran beliau belum menerima suntikan vaksin.

Video berkenaan memaparkan pendidik tersebut meluahkan rasa kesal atas layanan yang diberi pihak sekolah terhadapnya.

Pada mulanya dia ditempatkan di stor pendidikan jasmani, namun ditukarkan ke stor tukang cuci atas alasan ia merupakan kawasan laluan serta mempunyai banyak peralatan sukan.

Katanya, bilik setor tukang cuci tersebut hanya mempunyai meja serta kipas namun tidak mempunyai kerusi serta plug untuk menggunakan komputer riba dan sebagainya.

“Dinding bilik diperbuat daripada zink jadi saya masuk sekejap dan tidak tahan kerana sangat panas.

” Jadi sekarang saya duduk di dalam kereta ambil sedikit penghawa dingin sebab bilik itu terlalu panas dan tidak layak diduduki,” katanya.

Sementara itu, rata-rata netizen memberi maklum balas langkah diambil lihak sekolah itu adalah bagi melindung pelajar dan guru yang sudah divaksin.

Ada juga yang menasihati guru berkenaan untuk menerima suntikan vaksin demi keselamatan semua serta keselesaan guru tersebut.

Bagaimana pun ruang komen berkenaan telah ditutup pemilik akaun terbabit setakat pukul 12 tengah hari tadi

Video:

Sumber : Kosmo Online! via http://www.awatttsyeikhh.com/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Majalah Sinar Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak MajalahSinar tidak  bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending