Connect with us

SEMASA

Sanggup K3r4t 2 Jari Kerana Imp1an Jadi m4khlvk As1ng Hit4m

Published

on

Sanggup K3r4t 2 Jari Kerana Imp1an Jadi m4khlvk As1ng Hit4m

Paris: Seorang lelaki Perancis sanggup memotong dua jarinya hanya kerana mahu membentuk cakar aneh bagi mencapai impiannya menjadi makhluk asing hitam.

Anthony Loffredo, 33, membuat pembedahan terbaharu itu pada tangan kirinya bagi melengkapkan prosedur membentuk dirinya menjadi makhluk asing berkenaan.

Sebelum ini, Loffredo sudah membuat beberapa prosedur termasuk membelah lidah, membuang hidung, mencacah tatu pada seluruh badan dan anak matanya.

Lapor The US Sun, Loffredo baru mencapai 34 peratus daripada misinya untuk berubah menjadi makhluk asing.

Loffredo berkongsi penampilan baharunya serta pembedahan mengerikan berkenaan di Instagram menerusi akaun Black Alien Project, lapor New York Post.

“Saya rasa tenang,” katanya menerusi keterangan pada imej tangannya selepas pembedahan itu.

Pada 2017, Loffredo memberitahu akhbar Perancis Midi Libre, dia meminati pengubahsuaian tubuh badan manusia dan mutasi.

Tindakan lelaki itu dipuji segelintir peminatnya, malah ada juga yang mengecam.

“Tak hormat mereka yang malang akibat kehilangan anggota badan dan mencari cara untuk berfungsi dengan sebaiknya,” tulis seorang pengguna media sosial, lapor akhbar itu.

“Kamu 100 peratus akan menyesal nanti,” kata seorang lagi pengguna sosial.

Sementara itu, seorang pengguna sosial lain menyifatkan walaupun tindakannya itu pelik, namun menarik.

“Saya tak rasa boleh lakukan seperti ini, tetapi terima kasih kepada kamu kerana membina impian ini,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Majalah Sinar Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak MajalahSinar tidakĀ  bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending