Connect with us

SEMASA

Seorang Lelaki Ced3ra Kereta Dih3mp4p Pokok,Pokok Tvmbang Dan Tanah Runtvh Di Tanah Rata Cam3ron Highlands

Published

on

Seorang Lelaki Ced3ra Kereta Dih3mp4p Pokok,Pokok Tvmbang Dan Tanah Runtvh Di Tanah Rata Cam3ron Highlands

IPOH, 22 Nov (Bernama) — Seorang lelaki cedera manakala tiga rakannya terselamat selepas kereta dinaiki mereka dihempap pokok tumbang akibat tanah runtuh di Tanah Rata, Cameron Highlands hari ini.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Shahrul Nizam Nasir berkata kejadian pada petang tadi itu menyebabkan lelaki yang merupakan penumpang kenderaan itu mengalami pendarahan hidung.

“Lelaki yang cedera itu dan seorang rakannya dikeluarkan daripada kenderaan terbabit oleh pihak bomba manakala dua lagi lelaki lain dikeluarkan oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan.

Shahrul Nizam berkata hujan lebat yang berlarutan hampir dua jam di pusat peranginan tanah tinggi itu menyebabkan berlakunya tanah runtuh dan pokok tumbang di beberapa kawasan di sekitar Tanah Rata dan Ringlet.

Beliau berkata kawasan terjejas di Rata Tanah melibatkan Big Red Strawberry, Strawberry Park, laluan Ladang Teh Boh Sungai Palas serta laluan ke Water Cress Valley dan Rose Valley.

“Kejadian menyebabkan laluan kenderaan terhalang namun tidak melibatkan nyawa dan harta benda,” katanya.

Beliau berkata kawasan terjejas di Ringlet pula melibatkan Taman MCA, Taman Pelangi serta Batu 20, Jalan Tapah dan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian sedang dijalankan.

Sumber: Bernama

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Majalah Sinar Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak MajalahSinar tidak  bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending