Connect with us

PETUA

12 cara el4k kuc1ng k3ncing merata dan hapvskan b4u h4ncing

Published

on

12 cara el4k kuc1ng k3ncing merata dan hapvskan b4u h4ncing

Bagi pemilik kucing, si comel ini pastinya menghiburkan hati dan dilayan seperti anak sendiri. Tapi kadang kala, timbul masalah seperti si kucing ini kencing merata-rata pula. Padahal dah letak litter box. Kucing jantan pula selalu menyemburkan kencing di dinding rumah mahupun langsir. Ada pemilik yang buntu tentang cara yang perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Tambah memburukkan lagi keadaan, si comel peliharaan anda kencing merata pula di rumah jiran!

Selain dari perlu membersihkan najis dan kencing ini, ia juga akan meninggalkan bau hancing yang sangat kuat. Jangan bimbang, dalam artikel ini kami akan kongsikan tip dan cara yang boleh dicuba untuk anda mengatasi masalah ini.

Kenapa kucing kencing merata

Kucing dewasa kebiasaannya menanda kawasan dengan air kencing sebagai isyarat bahawa kucing-kucing lain tidak boleh mencerobohi atau memasuki kawasannya. Namun begitu, kucing juga menyemburkan air kencing sekiranya mereka berasa terancam

Sebelum kita pergi lebih lanjut tentang bagaimana cara untuk mengelakkan kucing ini kencing merata, ayuh kita ketahui terlebih dahulu mengapa si manja ini berkelakuan seperti itu. Sebenarnya, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perkara ini.

Tanda-tanda kucing kencing merata:

Kucing sudah bersedia untuk mengawan

Apabila kucing jantan sudah mencapai tahap umur tertentu iaitu bermula 5 bulan ke atas, kucing akan bersedia untuk mengawan. Kucing jantan akan kencing di merata tempat untuk menandakan kawasannya. Jangan pelik sekiranya perkara ini turut berlaku kepada kucing betina. Kenapa kucing betina kencing merata dalam rumah? Kucing betina juga boleh kencing di merata tempat apabila ia sudah bersedia untuk mengawan sebagai tanda untuk menarik perhatian kucing jantan.

Pasir kucing terlalu kotor

Kucing sebenarnya merupakan haiwan yang pembersih dan juga cerewet. Jika pasir kucing terlalu kotor dan tidak dibersihkan, si comel ini tidak akan menggunakannya.

Pasir kucing beralih tempat

Kucing juga sangat sensitif dengan perubahan tempat. Jika anda mengalihkan kedudukan pasir kucing ke lokasi yang baru, tidak mustahil kucing anda akan menggunakan lokasi yang lama untuk kencing di situ. Malah, kucing juga sensitif terhadap sebarang perubahan susun atur perabot di dalam rumah.

Kedatangan orang baru di dalam rumah

Selain itu, jangan terkejut sekiranya kucing boleh menjadi tertekan dengan kedatangan orang baru. Kedatangan orang baru bukan sahaja setakat manusia tau, seperti bayi atau pasangan baru. Malah kucing juga boleh menjadi stres dengan kehadiran kucing baru yang lain!

Kucing mempunyai masalah kesihatan

Bukan itu sahaja, kucing yang mempunyai masalah kesihatan seperti sakit buah pinggang, jangkitan kencing dan juga radang pundi kencing boleh menjadi salah satu punca masalah ini.

Petua dan cara elak kucing kencing merata

1. Latih kucing menggunakan pasir kucing

Latih kucing menggunakan pasir kucing

Perkara yang paling penting untuk dilakukan bagi mengatasi masalah ini ialah melatih kucing untuk kencing pada tempat yang betul. Jika kucing anda sendiri tidak terlatih untuk membuang najis di tempat yang betul, masalah ini tidak akan pernah selesai. Berikut merupakan cara untuk melatih kucing anda menggunakan pasir kucing (cat sand):

Biasakan kucing anda dengan kotak pasir (litter box) kucing itu dahulu. Beri ruang untuk kucing anda membiasakan diri dengan bau pasir kucing tersebut. Jangan sesekali mengalihkan lokasi kotak pasir tersebut kerana ia boleh membuatkan kucing anda keliru.

Perhatikan tingkah laku kucing anda. Jika ia menunjukkan tanda-tanda seperti menghidu dan menguis serta seakan-akan, mengorek tanah, segera bawa ke pasir kucing tersebut.

Setiap kali kucing anda berjaya menggunakan pasir kucing, beri pujian atau ganjaran. Jika mereka mungkin gagal buat beberapa kali pertama, jangan terus marah kerana ia boleh menyebabkan kucing ini menjadi stres.

2. Pastikan pasir kucing sentiasa dibersihkan

Pastikan pasir kucing sentiasa dibersihkan

Seperti yang kita ketahui, kucing suka dengan keadaan yang bersih. Oleh itu, pastikan pasir kucing sentiasa dibersihkan dan tidak dibiarkan kotor. Jika mempunyai bajet lebih, anda boleh membeli kotak pasir kucing yang boleh membersihkan pasir yang telah digunakan secara automatik

3. Jangan buat kucing tertekan

kucing kencing merata jangan buat kucing tertekan

Sebenarnya, banyak perkara yang boleh menyebabkan kucing stres. Sebagai pemilik kucing, anda perlu perhatikan punca yang boleh menyebabkan kucing anda tidak senang. Perhatikan kelakuan kucing anda berhadapan dengan situasi tertentu seperti berhadapan dengan ahli keluarga baru, atau kedatangan kucing baru. Setelah mengenal pasti punca tersebut, cuba beri perhatian akan masalah itu. Beri masa untuk kucing tersebut membiasakan diri dengan keadaan baru.

4. Gunakan cat repellent atau penghalau kucing

Gunakan cat repellent atau penghalau kucing

Cat repellent atau ubat penghalau kucing ini dijual dalam pelbagai bentuk. Ada yang berbentuk spray dan ada juga yang berbentuk seperti coklat! Setiap produk ini mempunyai bahan yang berbeza yang digunakan. Sebelum membeli cat repellent ini, pastikan kandungannya terlebih dahulu.

Kebiasaannya, cat repellent ini dibeli bagi mereka yang ingin menghalau kucing jalanan yang suka kencing di kawasan rumah mereka. Sentiasa pastikan bahan ini hanya boleh menghalau kucing sahaja dan bukannya racun sehingga boleh menganiaya haiwan ini.

5. Cuci tempat yang pernah terkena air kencing kucing dengan bersih

Kucing mempunyai deria bau yang sangat sensitif. Oleh itu anda perlu pastikan tempat atau perabot yang pernah terkena kencing kucing ini betul-betul dibersihkan hingga hilang baunya. Kadang-kadang, bau hancing ini tidak mudah dihilangkan hanya dengan menggunakan air bersih dan sabun biasa sahaja.

Bau yang masih belum hilang ini akan menyebabkan kucing kembali kencing di tempat yang sama. Bagi mengatasi masalah ini, sebelum anda membasuh air kencing kucing ini dengan air dan sabun biasa, serap dahulu air kencing kucing ini dengan menggunakan tisu dapur atau kain. Dengan menyerap terlebih dahulu air kencing kucing ini, ia akan mengelakkan ia daripada merebak ke kawasan lain. Seterusnya, lakukan deep cleaning dan bersihkan hingga hilang baunya.

Cara hilangkan bau kencing kucing

Seterusnya, bahan-bahan yang dikongsikan ini boleh dicuba sebagai alternatif lain untuk menghilangkan bau kencing kucing. Dengan cara menghilangkan bau kencing kucing ini, secara tidak langsung dapat mengelakkan kucing untuk kencing di kawasan yang sama.

6. Semburkan serai wangi (Citronella)

Semburkan serai wangi (Citronella)

Serai wangi atau produk berasaskan serai sudah tidak asing lagi sebagai salah satu bahan yang digunakan untuk menghalau serangga perosak. Tahukah anda, bau serai wangi ini juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau kencing kucing ini.

Caranya cukup mudah, anda hanya perlu semburkan spray serai wangi ini di kawasan yang sering menjadi tempat kucing anda kencing merata. Dengan bau yang kuat daripada serai wangi ini, ia boleh membantu mengelakkan kucing ini kembali kencing di situ.

7. Campuran cuka

Campuran cuka hapuskan bau kencing kucing

Seterusnya, cuka yang mempunyai bau yang kuat dan masam juga dikatakan berkesan untuk menghilangkan bau urin kucing ini. Terdapat tiga cara yang boleh digunakan dengan menggunakan cuka.

1 Pertama, campurkan cuka bersama air suam. Letak dalam botol spray dan semburkan sahaja di kawasan yang terbabit.

2 Kedua, untuk lebih berkesan anda juga boleh campurkan cuka ini bersama sedikit soda bikarbonat.
Yang terakhir, bagi mereka yang kurang menggemari bau cuka ini di dalam kawasan rumah, anda boleh mencuba

3 bancuhan ini. Campurkan cuka, pewangi pakaian dan air di dalam bekas spray. Goncang sehingga sebati dan anda boleh semburkan di kawasan yang terlibat.

8. Air rebusan lada hitam

Air rebusan lada hitam hilangkan bau kencing kucing

Selain digunakan dalam masakan, lada hitam juga boleh digunakan sebagai salah petua untuk menghilangkan bau kencing kucing. Caranya, rebuskan air sehingga mendidih. Masukkan dua hingga tiga sudu lada hitam. Seterusnya, sembur air rebusan tersebut di kawasan ‘kegemaran’ kucing anda.

9. Letakkan uncang kopi dan teh

Letakkan uncang kopi dan teh jika kucing kencing merata

Seterusnya, cara ini sesuai untuk digunakan jika kucing suka kencing merata di kasut atau selipar anda. Caranya, gunakan uncang kopi atau teh yang belum digunakan dan letak sahaja di dalam kasut anda. Selain dari menghindari kucing dari kencing di dalam kasut, cara ini juga pada masa yang sama boleh menghilangkan bau busuk dan hapak pada kasut.

10. Taburkan belerang (sulfur)

taburkan belerang atau sulfur powder

Biasanya, belerang biasa ditaburkan di kawasan perkhemahan untuk mengelakkan dari serangan haiwan berbisa. Tahukah anda, ia juga boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk mengelakkan kucing ini dari kencing merata. Caranya juga cukup mudah, taburkan sahaja sedikit belerang di kawasan penjuru rumah. Belerang ini dikatakan mempunyai sifat yang panas dan bau yang kuat yang boleh mengelakkan kucing daripada kencing di kawasan tersebut.

11. Kasi atau mandulkan kucing

Kasi atau mandulkan kucing kencing merata

Pemandulan kucing mungkin jalan terakhir bagi pemilik kucing. Walaupun begitu, kasi atau memandulkan kucing ini bukanlah perkara yang buruk bagi kucing. Terdapat beberapa kelebihan apabila anda memandulkan kucing iaitu mengelakkan penyakit, mengelakkan kucing anda merayau di merata tempat dan juga mengelakkan kencing di merata tempat.

Apabila anda memandulkan kucing, kucing jantan akan berhenti untuk kencing di merata tempat bagi menandakan kawasan mereka, manakala kucing betina pula akan berhenti mengeluarkan cecair bagi menarik perhatian kucing yang lain.

12. Jumpa veterinar

jumpa veterinar jika kucing kencing merata

Jika cara-cara yang dikongsikan masih tidak dapat mengelakkan kucing anda dari kencing merata, ada baiknya bawa kucing anda bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan yang lebih lanjut. Hal ini kerana, terdapat beberapa penyakit kucing yang menyebabkan mereka tidak boleh mengawal pundi kencing mereka dan seterusnya menyebabkan kucing ini kencing di merata tempat.

Bagi memastikan anda betul-betul berjaya mengelakkan kucing anda kencing merata, kenal pasti terlebih dahulu punca mengapa kucing anda kencing merata. Kongsikan juga kepada kami sekiranya cara ini berkesan. Semoga berjaya!

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending