PASTI Nur Hidayah perlukan dana

- Advertisement -

DUNGUN: Pihak pengurusan PASTI Nur Hidayah, FELDA Jerangau, di sini memerlukan dana sebanyak RM 40,300.00 bagi tahun 2020.

Pengurus PASTI Nur Hidayah, Roslan Jusoh berkata bagi tujuan berkenaan sumbangan daripada orang ramai amat diharapkan.

“Ianya bagi memastikan PASTI kita ini masih boleh berjalan dan beroperasi seperti biasa, tambahan pula kita telah bersedia untuk menambah jumlah pelajar.

“Dahulu kita ambil setakat 30 orang, sekarang ini kita telah buka kepada 52 orang dengan menambah kelas baru bagi memastikan PASTI terus relevan menjadi pusat asuhan terbaik yang dimiliki oleh PAS,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, pada program agihan pakaian sekolah, di Dewan Sivik FELDA Jerangau, kelmarin.

Jelasnya perbelanjaan berkenaan adalah bagi menampung elaun dua orang guru bersama pembantu PASTI tersebut.

“Juga menyediakan makanan kepada pelajar, bil elektrik dan air serta menampung kos segala urusan dan pengurusan PASTI,” ujar beliau.

Beliau amat mengharapkan bantuan daripada pelbagai pihak dan orang perorangan yang sudi menghulurkan bantuan.

Sumbangan boleh disalurkan ke Bank Islam dengan nama PASTI Nur Hidayah melalui nombor akaun 13044010033543.

Beliau berharap akan ada pihak yang sanggup bekerjasama demi membantu kelangsungan PASTI di FELDA Jerangau tersebut. – HARAKAHDAILY 30/12/2019

- Advertisement -
- Advertisement -