Connect with us

AGAMA

Pejabat Mufti WP Perjelaskan Status Air Kolam Tersebut Jika “Air Kolam Bercampur Dengan Dar4h Ha1d”

Published

on

Pejabat Mufti WP Perjelaskan Status Air Kolam Tersebut Jika “Air Kolam Bercampur Dengan Dar4h Ha1d”

Aktiviti mandi kolam renang seperti di taman tema air dan pusat-pusat peranginan sememangnya sudah menjadi kebiasaan bagi yang meminati akitiviti ini terutamanya ketika pergi bercuti.

Walau bagaimanapun, kolam tersebut bukan sahaja ‘disertai’ oleh ahli keluarga sendiri sahaja, namun turut melibatkan pengunjung yang lain. Disebabkan itu juga, timbul beberapa persoalan termasuklah sekiranya air kolam tersebut telah bercampur wanita yang bermandi-manda dalam keadaan haid.

Mendapat soalan seperti ini, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tampil memberikan penjelasan mengenai status air kolam renang tersebut. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, mari kita ikuti penjelasan dan jawapan seperti di bawah:

SOALAN:

Apakah status air kolam yang telah tercemar dengan wanita yang bermandi- manda dalam keadaan haid? Mohon pencerahan S.S Mufti,Terima kasih

Ringkasan Jawapan :

Status air kolam renang yang bercampur dengan darah haid dianggap air mutannajis (bercampur dengan najis) sekiranya kolam tersebut kurang isi padu air daripada 2 kolah. Dua kolah bersamaan 200 Kg atau 204 kg bersamaan lebih kurang dengan 200 Liter.

Status air kolam renang yang bercampur dengan haid dianggap air suci sekiranya isi padu air mencapai 2 kolah dengan syarat tiada kesan bau, warna atau rasa. Jika darah haid tersebut menyebabkan berubahnya air dengan salah satu tiga kesan bau, warna, rasa atau ketiga-tiga sifat tersebut, walaupun isipadu hampir 2 kolah maka air tersebut dihukumkan sebagai mutanajjis.

Huraian Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Penanda aras bagi menentukan air suci menjadi air yang bernajis (mutanajjis) apabila berlaku perubahan bau, warna atau rasa. Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah bahawa Nabi SAW bersabda :

الْمَاءُ لاَ يَنْجُسُ إِلاَّ مَا غَيَّرَ رِيحَهُ أَوْ طَعْمَهُ

Maksudnya: “Air tidak boleh menjadi najis melainkan jika berubah bau atau rasanya, ”

Riwayat Al-Baihaqi (1274) di dalam Al-Sunan Al-Kubra

Menurut riwayat yang lain, sabda Nabi SAW:

الماءَ طَهورٌ لا يُنَجِّسُه إلا ما غلَب على رِيحِه وطَعمِه ولَونِه

Maksudnya: “Air itu suci dan menyucikan tiada sesuatu yang menajiskannya

melainkan jika berubah salah satu sifat bau, rasa dan warnanya”

Ibn Majah (521)

Manakala kekuatan air 2 kolah tidak menjadi mutanajjis selagimana tidak berubah sifatnya (bau, warna atau rasa) berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

«إِذَا كَانَ الْمَاءَ قُلَّتَيْنِ لَمْ يَحْمِلْ الْخَبَثَ». وَفِي لَفْظٍ: «لَمْ يَنْجُسْ».

Maksudnya: “Jika kandungan air mencapai dua kolah maka ia tidak mengandungi kotoran.” Dalam suatu lafaz hadis: “Tidak bernajis”.

Riwayat Abu Daud (63),

Terdapat riwayat lain yang mana baginda SAW menyifatkan air di telaga yang bernama Buda’ah kekal suci dan menyucikan kerana isipadu air banyak melebihi kadar 2 kolah walaupun telah dicampak kedalamnya kain yang terkandung darah haid. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri :

قيل يا رسولَ اللهِ أَنَتَوَضَّأُ مِنْ بِئْرِ بُضَاعَةَ وَهِيَ بِئْرٌ يُلْقَى فِيهَا الْحِيَضُ وَالنَّتْنُ وَلُحُومُ الْكِلَابِ قَالَ الْمَاءُ طَهُورٌ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ

Maksudnya :” Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: Adakah boleh kami mengambil wuduk daripada telaga Buda‘ah iaitu telaga yang dibuangkan di dalamnya kain-kain yang digunakan perempuan haid (terkandung darah haid), benda yang berbau busuk dan daging anjing. Nabi SAW menjawab: Air itu suci dan tidak ada sesuatu yang menajiskannya.”

Riwayat al-Tarmizi (66)

Fuqaha Syafieyyah menyatakan hadis berkaitan telaga Buda’ah tidak bertentangan dengan hadis berkaitan dua kolah kerana airnya terlalu banyak sehingga tidak terkesan dengan najis yang masuk di dalamnya. ( Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhadzzab, (1/85).

Maksud air yang banyak ialah ia tidak berubah sifat-sifatnya dengan sebab kewujudan najis di dalam telaga Buda’ah. (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhadzzab, 1/86).

Menurut Sheikh al-Islam Zakaria al-Ansari, kadar air yang mencapai kapasiti 2 kolah atau lebih tidak dihukum mutanajjis selagi mana tidak berubah sifatnya (bau, warna atau rasa) merupakan pandangan yang disepakati oleh para ulama. (Rujuk Asna al-Mathalib, 1/15).

Informasi tambahan berkaitan penentuan air mutanajis, rujuk perbahasan pada pautan artikel berikut :

IRSYAD FATWA SIRI KE- 338 : ADAKAH TANGKI AIR YANG PENUH DENGAN BANGKAI TIKUS DAN SEBAGAINYA DIGUNAKAN UNTUK BERSUCI (https://bit.ly/3iUmgbf)

Seterusnya, dua kolah bersamaan sekitar 200 Kg atau 204 kg yang mana ianya bersamaan lebih kurang dengan 200 Liter dan menurut sebahagian ulama ia dalam kadar 192.84 kg. (Rujuk Al-Mu’tamad Fi al-Fiqh Al-Syafi’i, 1/40).

Informasi tambahan berkaitan perbahasan takrifan dua kolah, rujuk pautan artikel berikut :

AL-KAFI #1263: HUKUM MENYELAM KE DALAM AIR YANG KURANG DARIPADA DUA KOLAH (https://bit.ly/2Ic0a7b)

PENUTUP.

Kesimpulannya, status air kolam renang yang bercampur darah haid tidak menjadi mutanajjis ( bernajis) sekiranya mencapai kapasiti 2 kolah atau lebih kadar itu, iaitu 200 liter. Status air yang melebihi kapasiti isipadu air dua kolah tidak memberikan kesan kepada kesucian air dalam kolam renang tersebut dengan syarat ianya tidak mengubah rasa, bau atau warna air itu. Jika najis darah haid tersebut menyebabkan salah satu dari tiga sifat tersebut atau ketiga-tiganya maka maka air tersebut dihukumkan sebagai mutanajis.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending