Connect with us

PETUA

Ibu Anak 6 Kongsi ‘Rahsia’ Kej4yaan Dengan Jual Coklat,Rumah Pernah Terb4kar, Pernah Isi Perut Dengan Nasi & Telur

Published

on

Ibu Anak 6 Kongsi ‘Rahsia’ Kej4yaan Dengan Jual Coklat,Rumah Pernah Terb4kar, Pernah Isi Perut Dengan Nasi & Telur

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Itulah perumpamaan yang tepat bagi Wan Ainaa Nabihah Wan Mohamad yang sanggup mengambil risiko sebelum bergelar jutawan coklat.

Berkongsi detik sukar sebelum ini, siapa sangka Ainaa dan suami pernah melalui fasa ‘gawat’ apabila hanya mengisi perut dengan nasi dan telur.

“Zaman itu, kami tak kisah makanan itu sedap atau tidak, asalkan kenyang. Kami mempunyai empat orang anak yang masih kecil dan menyewa rumah flat.

“Makan pakai untuk anak-anak memang cukup cuma dalam hati terdetik nak sediakan kehidupan lebih selesa untuk anak-anak serta masa depan mereka,” katanya.

Hampir nak raya, rumah terbakar
Tidak lama selepas itu, kehidupan Ainaa diuji apabila rumah sewanya terbakar pada tahun 2019.

“Masih ingat waktu itu dah nak raya. Habis persiapan raya kami sekeluarga dijilat api. Memang sedih sangat waktu tu.

“Tetapi Allah SWT itu Maha Baik. Atas izinnya, saya dapat kumpul semula kekuatan dan buat semula persiapan dengan bantuan hasil berniaga. Nak tahu macam mana saya bangkit? Sudah tentu Chocodap’s yang bantu saya untuk sampai ke tahap sekarang,” ucapnya syukur.

Ujar Ainaa, dia menyertai sebagai ejen Chocodap’s pada bulan Mac 2018 dan mula aktif dengan berniaga di kawasan perumahan.

“Dalam keadaan kandungan bayi dah sarat, saya dan suami terjah banyak rumah waktu itu. Pendek kata, dari pintu ke pintu, flat ke flat kami buat marketing.

“Memang mahal pengalaman yang kami dapat. Hari-hari ada saja order yang masuk dan kami sangat sibuk. Anak-anak memang kami bawa ketika buat COD (cash on delivery). Alhamdulillah anak-anak tak pernah merungut malah seronok sebab banyak masa dihabiskan di dalam kereta. Budak-budak kalau bab berjalan, memang tak nak turun kereta,” ujarnya tertawa.

Mula dapat rentak, bisnes makin berkembang
Itulah kisah Ainaa dan suami di tahun pertama menyertai Chocodap’s. Masuk tahun kedua, mereka mula mendapat ‘rentak’ dan melihat lebih jelas hala tuju dalam perniagaan coklat.

“Tahun 2019 menyaksikan kami lebih sibuk apabila ratusan ejen berada di bawah pengurusan kami iaitu, BFC Legacy.

“Bisnes kami semakin berkembang dan Alhamdulillah kami juga dapat berpindah ke rumah baharu.

“Rezeki kami sekeluarga lebih luas selepas melahirkan anak kelima. Team saya berkembang bukan sahaja di Terengganu, malah saya juga mempunyai team di Johor (suami pernah berkhidmat di sana sebelum berpindah ke Terengganu),” katanya.

Melihat perkembangan bisnes yang semakin stabil, suami Ainaa mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan pada akhir 2020 untuk fokus sepenuhnya dengan bisnes Chocodap’s.

“Tahun 2020 sangat amazing buat kami. Selepas melalui tahun-tahun yang sukar, akhirnya Allah SWT hadiahkan kami pelangi.

“Siapa sangka dengan menjual coklat, hasil jualan mencecah RM5.2 juta pada tahun 2020 sekaligus menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun sebelum itu, RM949,000.

“Jumlah ejen di bawah kami juga meningkat dari 600 orang menjadi 1500 orang buat masa ini,” ucapnya syukur.

Rancang bina banglo
Sementara itu, Ainaa memberitahu dia dan suami dalam proses membina rumah banglo setingkat di atas tanah lot yang dibeli hasil berniaga Chocodap’s.

“Urusan pembelian tanah sudah selesai dan kami merancang untuk membina banglo di situ sebagai aset hari tua nanti.

“Sekarang dalam proses menabung. Doakan agar proses pembinaan rumah berjalan lancar,” akhirinya.

Menurut wanita berusia 30 tahun ini, aset tanah lot keduanya itu memiliki keluasan 708 meter persegi.

“Alhamdulillah saya dan suami mengambil langkah untuk jimat cermat dalam pengurusan duit. Bukan jimat semata tetapi urus kewangan dengan baik.

“Banyak platform ilmu kewangan, ilmu buat duit, Chocodap’s salah satunya.

“Pesan saya, biar makan pakai biasa-biasa, janji income dan simpanan luar biasa,” akhirinya.

Kisah kejayaan yang dikongsi Ainaa ini mungkin sedikit sebanyak boleh menjadi pembakar semangat kepada mereka-mereka di luar sana yang ingin berjaya dalam dunia perniagaan.

Siapa sangka, dalam kesukaran hidupnya selama ini dan kesibukan sebagai seorang isteri dan ibu, Ainaa mampu memiliki dua lot tanah selepas mendaftar sebagai ejen Chocodap’s.

Bukan sahaja memiliki dua lot tanah, Ainaa juga berjaya membeli dua buah kereta secara cash hasil perniagaan Chocodap’s dan turut menghiasi papan iklan Chocodap’s yang berdiri gah di lebuhraya sekitar Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Selain Ainaa, Chocodap’s kini telah berjaya melahirkan lebih 42,000 usahawan coklat di bawah jenama ini. Pun begitu, team Chocodap’s masih kekal optimis untuk membantu lebih ramai usahawan meraih pendapatan sehingga lima ke enam angka setiap bulan melalui jualan Chocodap’s.

Kelebihan ejen Chocodap’s
Ejen Chocodap’s akan diberi bimbingan berterusan dengan sesi coaching di Facebook Live serta support group di WhatsApp dan Facebook. Info asas untuk memulakan perniagaan di bawah jenama ini turut disediakan melalui siaran Telegram dan e-book.

Di samping menjana pendapatan pasif lumayan dengan keuntungan yang tinggi, ejen Chocodap’s juga boleh menimba lebih banyak ilmu baru dari founder yang telah sekian lama berkecimpung dalam dunia perniagaan.

Oleh kerana produk coklat adalah makanan yang mudah diterima masyarakat dengan kadar repeat order yang tinggi, ejen Chocodap’s berpeluang mendapat keuntungan luar biasa dari jualan langsung dan bonus komisen berkumpulan.

Chocodap’s sentiasa mengalu-alukan kehadiran anda untuk jadi sebahagian daripada keluarga Chocodap’s. Melalui ilmu dan teknik pemasaran yang terbukti berkesan, Chocodap’s optimis dapat bantu membina kewangan anda.

Sumber : Siakap Keli

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending