Connect with us

SEMASA

Guna Susu P3kat G4nti Susu Formvla Anak,Suami Isteri Terp4ksa Plnjam TeIur Ayam Daripada Jiran

Published

on

Guna Susu P3kat G4nti Susu Formvla Anak,Suami Isteri Terp4ksa Plnjam TeIur Ayam Daripada Jiran

Kuala Kangsar: Pinjam telur ayam daripada jiran dan gunakan susu pekat bagi menggantikan susu tepung formulasi untuk anaknya berusia tiga tahun.

Itu kesusahan ditanggung pasangan muda di Kampung Pauh Sayong, di sini, sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Suri rumah, Siti Azura Arifin, 26, berkata, suami, Muhamad Faizal Kamarul Zaman, 27, yang bekerja sebagai tukang rumah tidak dapat bekerja berikutan sektor itu tidak boleh beroperasi.

“Kini, suami hanya mengambil upah melakukan kerja kampung dengan pendapatan tidak menentu selain kadang kala terpaksa menebalkan muka untuk meminjam barang dapur terutamanya telur daripada jiran.

Telur Ayam (Foto Hiasan)

“Pernah sampai tahap kami empat beranak meminjam telur dengan orang depan (jiran), dapat dua tiga butir pun jadilah. Memang malu tapi hendak atau tidak kami terpaksa sebab kasihankan anak-anak yang sedang lapar.

“Pernah guna susu pekat untuk gantikan susu formula anak namun sekarang syukurlah dia sudah boleh minum air biasa,” katanya memaklumkan anak sulung mereka, Muhamad Farez Iqbal Muhamad Faizal, 8, merupakan kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) berikutan lumpuh separuh badan sejak berusia lima tahun akibat penyakit sindrom Guillain-Barre (GBS).

Siti Azura yang kini sarat mengandung lapan bulan berkata, bayaran sewa rumahnya juga kini tertunggak hampir setahun membabitkan RM250 sebulan selain tunggakan bil eletrik dan air membabitkan nilai kira-kira RM800.

“Namun mujur tuan rumah masih benarkan kami menetap di rumahnya ini. Memang ada terfikir juga nak kibar bendera hari itu (minggu lalu) sebab barang keperluan makanan habis, namun saya dan suami agak pemalu,” katanya.

Katanya, selain dibantu penduduk sekitar, adik lelakinya yang juga peniaga burger sering menghulurkan bantuan.

Mengulas mengenai Muhamad Farez Iqbal, katanya, sebelum mengidap GBS, anaknya itu sempat memasuki pra-sekolah dan bergaul dengan rakan seusianya.

“Kalau ada pihak yang sudi membantu, sememangnya kami hendak sangat dia bersekolah. Lagipun dia selalu cakap hendak sekolah,” katanya.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menghulurkan sumbangan menghubunginya Siti Azura di talian 011-35425327.

Sumber: Harian Metro Via arenagempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Majalah Sinar Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak MajalahSinar tidak  bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending