Connect with us

PENGETAHUAN

Tular Peta Kedah Lama Dikenali “Oude Queda” Dipercayai Berusia Lebih 360 Tahun Dilakar Pada 1660

Published

on

Tular Peta Kedah Lama Dikenali “Oude Queda” Dipercayai Berusia Lebih 360 Tahun Dilakar Pada 1660

Berabad lamanya sebelum mencapai kemerdekaan, negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu merekodkan pelbagai sejarah yang terus diingati sehingga kini. Bahkan, ada juga kawasan yang dikenali sebagai ‘lubuk’ sejarah ketamadunan yang terletak di negeri Kedah.

Menjadi tumpuan ahli arkeologi dari dalam dan luar negara, kawasan itu yang dahulunya dikenali sebagai Kedah Tua merupakan lokasi penting yang ‘mencatatkan’ jejak tamadun terawal dan tertua di Asia Tenggara.

Sehingga kini, negeri Kedah khususnya di Kompleks Arkeologi Sungai Batu sentiasa dikunjungi oleh pelancong yang ingin mengetahui mengenai sejarah Kerajaan Kedah Tua.

Bercakap mengenainya, Persatuan Kartografi Melaka ada berkongsikan mengenai lakaran peta lama yang menunjukkan kawasan utara Semenanjung Malaysia termasuk Kedah Tua pada sekitar tahun 1660.

Menerusi perkongsian di Facebook itu, Kedah Tua dipanggil sebagai Oude Queda.

Ikuti perkongsian di bawah ini untuk melihat lebih lanjut mengenai perincian peta lama tersebut.

New Queda, Oude Queda & P. Lada.

Antara peta lama yang menunjukkan kawasan utara Semenanjung Malaysia sekitar lebih 360 tahun yang lalu (Tahun 1660) .

Di dalam peta Carte des cotes de Parties de l’Arabie Heureuse, Perse, Camboye, Coste de l’Inde, Golfe de Gange jusqu’au- delà de Malacca. Partie orientale du Golfe de Bengale yang dihasilkan pada tahun 1660, terdapat beberapa buah lokasi yang dipaparkan antaranya P. Lada, New Queda, Oude Queda dan beberapa buah lokasi utama yang lain. Di dalam peta tersebut, Pulau Lada merupakan Pulau Langkawi. Selain itu, juga dapat dilihat lokasi Kedah Tua yang dipanggil sebagai Oude Queda dan juga beberapa buah pulau antaranya Pulau Pinang dan Pulau Perak.

Sumber: Persatuan Kartografi Melaka via Siakap Keli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Majalah Sinar Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak MajalahSinar tidak  bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending