Connect with us

SEMASA

P3mergian Si 1bu Dir4tapi 0leh An4knya yg masih Kecil,Tukang Sapu M4vt D1langg4r Kend3raan ket1ka bkerj4

Published

on

P3mergian Si 1bu Dir4tapi 0leh An4knya yg masih Kecil,Tukang Sapu M4vt D1langg4r Kend3raan ket1ka bkerj4

Baru-baru ini tular kisah mengenai seorang kanak-kanak lelaki kecil berusia bawah empat tahun yang menangis kerana meratapi kepergian sang ibu. Lebih menyedihkan apabila foto yang tersebar jelas memperlihatkan kesedihan kanak-kanak itu sewaktu berada di bilik mayat

Menurut laporan daripada Makasar Info, kepergian ibu kepada anak kecil itu berpunca akibat dilanggar oleh kenderaan sewaktu sedang bekerja.

Meskipun foto dan kisah anak kecil itu sudah lama dimuat naik menerusi akaun rasmi Instagram Makasar Info, namun ia menjadi tular semalam dek kerana situasi meruntun itu telah merentap hati para warganet.

Difahamkan bahawa ibu kepada anak kecil yang bernama Lina itu bekerja sebagai petugas pembersihan di jalan raya. Akibat kemalangan yang menimpa wanita itu, dia mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Kecederaan itu mengakibatkannya tewas dan meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di sebuah hospital. Kejadian yang berlaku di Losari Makassar tersebar hingga ke Malaysia kerana kanak-kanak tersebut dilihat tidak berhenti menangis.

Berdasarkan kenyataan sumber, jenazah Lina telah dikebumikan berdekatan perumahannya. Arwah dikhabarkan meninggalkan anak seramai dua orang yang masih kecil.

Kisah ini menjadi lebih pilu dan menyentuh hati warganet sebaik sahaja melihat foto arwah Lina bersama anaknya di tepi jalan raya. Menurut sumber, Lina sering membawa anak kecil itu sewaktu bekerja.

Semoga anak kecil itu cekal mengharungi kehidupan akan datang dan membesar menjadi manusia yang berguna kepada agama serta negara.

Sumber : Ohmymedia via iamlejen

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Majalah Sinar Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak MajalahSinar tidak  bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending