Harga bawang naik tiga kali ganda

    Khairul Amin memantau bekalan bawang di pasar.
    - Advertisement -

    KANGAR: Daripada cuma RM4 sekilogram harga bawang kecil India sekarang melambung tiga kali ganda kepada RM12 sekilogram.

    - Advertisement -

    Malah bekalan bawang kecil juga susut di pasaran di negeri ini sejak dua bulan lalu.

    Tinjauan di Pasar Besar Sena, Kangar mendapati bekalan bawang kecil India tidak banyak seperti kebiasaan.

    Bagi menggantikan bawang kecil India, peniaga menjual bawang kecil Karachi dari Pakistan dengan harga RM9 sekg berbanding RM3 harga asal.

    Menurut peniaga, kenaikan mendadak berlaku itu kali pertama dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

    Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perlis, Khairul Amin Talib berkata daripada 58 premis yang dipantau, 95 peratus premis menaikkan harga bawang sejak September lalu.

    “Sekarang tinggal 3 premis sahaja di seluruh Perlis yang menjual bawang kecil India selepas bekalannya susut mendadak sejak Oktober lepas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas tinjauan di Pasar Besar Sena. – HARAKAHDAILY 25/12/2019

    - Advertisement -