RESEPI
“Tulang Ikan Blend Halus Dan..,” Inilah Petua Paling Penting Untuk Resipi Kuah Laksa “Perfect” Yang Korang Mesti Kena Cuba

“Tulang Ikan Blend Halus Dan..,” Inilah Petua Paling Penting Untuk Resipi Kuah Laksa “Perfect” Yang Korang Mesti Kena Cuba
Laksa merupakan antara hidangan warisan yang cukup digemari ramai, tidak kiralah laksa utara, laksa Johor, laksa Sarawak, laksa Kelantan dan sebagainya.
Pasti anda juga tahu bahawa rahsia kesedapan dalam semangkuk laksa sebenarnya terletak pada kuahnya. Umumnya kuah laksa ini diperbuat daripada pati tulang ikan yang hancur dikisar.
Namun tahukah anda, tulang ikan apakah yang benar-benar membuatkan rasa kuah laksa itu padu? Jom ikuti resipi membuat kuah laksa oleh Chef Ahmad Shukri Amiruddin di bawah ini.
Selamat mencuba.
Resipi buat kuah laksa oleh Chef Shukri
Macam saya pernah bagitahu dulu. Petua untuk masak laksa yang sedap guna ikan termenung, jangan guna ikan kembung. Ini saya masak 10 kilo ikan untuk berniaga esok.
Blend halus semua bahan. Bahan-bahan yang tidak dikisar halus akan menjadikan tekstur kuah yang tidak menarik. Buka api yang perlahan selama 6 jam baru kuah laksa akan sebati.
Tulang ikan blend halus dan tapis, masukkan air tulang ikan dalam kuah. Ini patinya. Saya suka letak bunga kantan dan daun kesum yang banyak supaya aroma laksa memanggil kita untuk makan.
Petua yang paling penting masukkan sedikit minyak semasa merebus laksa yang telah direndam terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk mengelakkan laksa melekat.
Manag geng 02 ni? Masuklah. Esok pi merket (pasar) beli ikan termenung buat laksa. Orang utara ni cukup pantang sebut laksa. Layoq kat depa esok depa pi carilah laksa.
Petua ni last sekali Chef bagi untuk laksa yang paling sedap adalah “laksa yang orang belanja….”
– Chef Shukri
Nota: Chef Shukri merupakan pengusaha dan juga selaku tukang masak di Warung Nasi Ganja yang terletak di Seksyen U13, Setia Alam, Selangor. Beliau gemar berkongsi tips, resipi dan petua-petua ‘rahsia’ yang turut diamalkan dalam masakannya sendiri. Turut aktif dalam beberapa group Facebook masakan seperti Suami Masak Apa Hari Ini? (SMAHI) dan Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official (MATJHN).
Sumber: Ahmad Shukri Amiruddin melalui Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official
-
TERKINI11 months ago
Sape Yang Tak Sedih Anak Dah Tertiarap Selama 42jam , Ayah Kepada Siti Sarah Turut Bersedih Namun Tak Mahu Untuk Ditemubual
-
Uncategorized4 months ago
Subhanallah..Meningg4I Di Depan Mak4m Nabi, Rupanya lni AmaIan Sepanjang Hay4tnya
-
AGAMA1 year ago
Sesuai Sabda Rasulullah, 5 Lokasi Ini Berhubungan Erat dengan Tanda-Tanda Kiamat Besar
-
AGAMA2 years ago
Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah yg dahsyat
-
TERKINI9 months ago
(TERKINI) Noor ShafieIa Mningg4I Dun1a,Anak Prempvan Safura Yaacob
-
AGAMA3 years ago
Sepenat Mana Kerja Suami, Takkan Dapat Lawan Penat Isteri di Rumah
-
AGAMA2 years ago
Cara Mengamalkan Al-Fatihah Untuk Diri Sendiri, Memang Rugi jika tak Amal
-
AGAMA2 years ago
Ini sebab jarang mimpi arwah mak ayah.. Ramai yang tak tahu.