Connect with us

TERKINI

TERKINI : Pesawat Rimbun Air Terputus Hubvngan Tetapi Operasi Mencari Masih Berjalan

Published

on

TERKINI : Pesawat Rimbun Air Terputus Hubvngan Tetapi Operasi Mencari Masih Berjalan

Sebuah pesawat kargo milik Indonesia, Rimbun Air dilaporkan terputus hubungan dan hilang, lapor Kompas.tv.

Menurut portal itu, pesawat dengan tiga anak kapal tersebut dipercayai hilang ketika dalam perjalanan daripada lapangan terbang Nabire ke Bilorai pagi tadi.

Pesawat berkenaan telah dijadualkan melakukan pendaratan pada pukul 7.10 pagi waktu tempatan, namun ‘hilang’ dan terputus hubungan selepas komunikasi terakhir pada 7.37 pagi tadi.

Tiga anak kapal dilaporkan terlibat ialah juruterbang, H Mirza, pembantu juruterbang, Fajar dan mekanik, Iswahyudi.

Tambah portal itu, kejadian ini telah disahkan oleh Ketua Polis Intan Jaya, AKBP Sandi Sultan.

“Ya, terputus hubungan ketika masuk ke Bilorai. Sudah dekat dengan lapangan,” katanya seperti ditulis portal itu.

“Kami masih berusaha mencari dengan helikopter,” tambahnya.

Pesawat kargo itu juga dikatakan tidak membawa penumpang awam dan hanya membawa muatan bahan binaan di dalamnya.

Memetik Kompas.tv, perjalanan dari Nabire ke Bilorai biasanya memakan masa sekitar 40 minit. Lapangan terbang Bilorai itu dikatakan merupakan salah satu lapangan di Desa Bilogai, Kabupaten Sugapa, Kabupaten Intan Jaya, Papua yang berada di tepi jurang dengan landasan sepanjang 600 meter.

Sumber: Kompas.tv

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Majalah Sinar Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak MajalahSinar tidak  bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending