Connect with us

TERKINI

(5 Gambar Dan VIDEO) Pesawat Penumpang Digelarkan Sebagai “Penggung Terbang” Akan Beroperasi Pada Tahun 2025 Ini , Ruang Dalam Macam Hotel & Restaurant Mewah

Published

on

(5 Gambar Dan VIDEO) Pesawat Penumpang Digelarkan Sebagai “Penggung Terbang” Akan Beroperasi Pada Tahun 2025 Ini , Ruang Dalam Macam Hotel & Restaurant Mewah

Pengangkutan udara mungkin akan menyaksikan pelbagai perubahan dalam beberapa tahun ke hadapan dengan munculnya satu bentuk penerbangan baru yang akan menggegarkan seluruh industri penerbangan.

Sejak kapal terbang prototaip Airlander 10 terhempas pada tahun 2017, industri penerbangan tertanya-tanya sama ada pesawat revolusioner yang juga dikenali sebagai ‘punggung terbang’ itu bila akan mula beroperasi.

Terkini, dalam kemas kini terbaharunya, pengeluar Hybrid Air Vehicles (HAV) menyatakan bahawa pesawat Zeppelin moden itu kini sedang bersiap untuk beroperasi sepenuhnya.

Syarikat tersebut menjangkakan akan mempunyai tiga buah kapal terbang yang bersedia untuk terbang menjelang 2023 dan membawa penumpang Airlander menjelang 2025

Penumpang akan menikmati pengalaman menaiki pesawat yang berbeza berbanding kapal terbang biasa.

Penumpang pesawat tersebut bakal menikmati pengalaman seakan berada dalam restoran terbang apabila menaiki pesawat tersebut.

Kabin pesawat berkenaan menawarkan pemandangan panorama pada bahagian bawah pesawat.

Namun begitu, pesawat ini tidak sesuai bagi mereka yang mengejar masa kerana ia akan terbang pada kelajuan sekitar 128.7 kilometer sejam sahaja berbanding pesawat biasa yang terbang pada kelajuan 804 kilometer sejam

Menurut penyelidikan HAV, “kelajuan bukanlah ciri yang paling penting bagi bakal penumpang pesawat kami.”

Penumpang juga dapat menjimatkan banyak masa di lapangan terbang. Daripada menggunakan lapangan terbang konvensional yang besar, di mana penumpang harus berjalan jauh untuk sampai ke pintu masuk, Airlander akan dapat menggunakan terminal pop-up sendiri di mana sahaja.

Sumber: Daily Star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Majalah Sinar Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak MajalahSinar tidak  bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending