Connect with us

TERKINI

Dilaporkan Puluhan Penduduk Sesak Nafas Dan Loya “Dua Penduduk Wanita Kampung Berkenaan Yang Tiba-Tiba Pengsan”

Published

on

Dilaporkan Puluhan Penduduk Sesak Nafas Dan Loya “Dua Penduduk Wanita Kampung Berkenaan Yang Tiba-Tiba Pengsan”

Johor Bahru: Penduduk Kampung Baru Sri Aman, Seelong, Kulai, di sini, gempar berikutan puluhan penduduk mendapat simptom sesak nafas, loya dan hampir pitam berikutan menghidu udara yang berbau busuk, malam tadi.

Ia disusuli dengan dua penduduk wanita kampung berkenaan yang tiba-tiba pengsan.

Penduduk kampung, Hafiz Badrul Hisham, 37, mendakwa, kejadian itu mula dikesan sejak 8.30 malam, selepas bau busuk yang menyesakkan nafas tiba-tiba menyelubungi udara persekitaran kampung.

Katanya, bau yang kuat seakan-akan bau petrol itu menyebabkan mereka yang terhidunya akan merasakan tidak selesa dan berasa loya.

“Pada 8.30 malam ketika sedang berada di luar rumah, secara tiba-tiba saya terhidu satu bau tidak menyenangkan yang menyebabkan sesak nafas.

“Saya tergerak hati cuba mencari puncanya sama ada datang dari dari stesen minyak berhampiran.

“Namun, bau itu makin lama makin kuat. Ketika itu, saya lihat ramai jiran sudah keluar mungkin terganggu bau pencemaran udara itu.

“Saya ternampak seorang wanita sudah batuk-batuk sebelum pengsan. Saya terus beri bantuan bawa masuk dalam rumah sementara tunggu bomba sampai,” katanya ketika dihubungi.

Media pagi ini melaporkan, dua penduduk Kampung Baru Sri Aman, Seelong, di sini, pengsan, manakala ratusan lagi terpaksa dipindahkan, selepas terhidu bau busuk disyaki bahan kimia dari sungai berhampiran kampung itu.

Dalam kejadian 10.30 malam tadi itu, dua wanita masing-masing berusia 20 serta 40 tahun itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Sehubungan itu, arahan pengosongan kampung itu dibuat dengan 102 penduduk kampung terpaksa dipindahkan sementara ke Balai Raya Kampung Sinaran Baru.

Sumber : Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Majalah Sinar Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak MajalahSinar tidakĀ  bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih

 

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending