Connect with us

SEMASA

Stay Alert And Stay Safe Guys “Netizen Risau Lihat Sg Pisang Padat Orang Ramai Kerana Mula Abai SOP” 

Published

on

Stay Alert And Stay Safe Guys “Netizen Risau Lihat Sg Pisang Padat Orang Ramai Kerana Mula Abai SOP”

Sebaik saja kerajaan mengumumkan kawasan Lembah Klang kini bertukar status ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan rakyat di Kuala Lumpur, Selangor serta Putrajaya dibenarkan merentas daerah, nampaknya hujung minggu lepas ramai yang ambil kesempatan untuk berekreasi bersama keluarga.

Bayangkanlah dah berbulan-bulan terperuk di dalam rumah, mesti ramai yang teruja nak ke pantai, sungai dan menikmati kawasan nature lain di Selangor kan?

Menerusi perkongsian @luxeynnakclan, orang ramai dilihat berpusu-pusu mengunjungi kawasan air terjun di Sungai Pisang, Gombak.

Dalam video itu juga dapat dilihat orang ramai seperti tidak mengendahkan lagi SOP yang ditetapkan kerajaan malah pemilik video juga menggambarkan situasi tersebut seperti berada di uptown yang padat dengan orang

Dca92417 563F 4983 A694 20Ceabe5D193

“Bila longgar sikit fikir dah free macam bebas covid”

Video tersebut ternyata memberi kegusaran kepada netizen yang risau jika kes COVID 19 akan meningkat secara mendadak dalam jangka masa dua tiga hari ini.

Malah ramai juga mengatakan jika kes meningkat, rakyat akan menyalahkan kerajaan padahal punca masalahnya datang dari kita sendiri.

Ramai Padat Sg Pisang

Sungguhpun tahap vaksinasi di Lembah Klang antara yang tertinggi di Malaysia, rakyat dinasihatkan untuk sentiasa menjaga SOP kerana virus tersebut masih boleh berjangkit walaupun seseorang itu sudah divaksinasi.

Apa-apapun pesan admin, tak salah nak berekreasi bersama rakan atau family di tempat nature macam tu. Tapi pastikan korang jaga SOP sebaiknya untuk elak perkara tak diingini berlaku.

Sumber : Lobak Merah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Majalah Sinar Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak MajalahSinar tidak  bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending