Connect with us

SEMASA

Akhirnya Berjumpa Dengan Anak Bongsu Dan Menyentuh Ayash Affan Comel Sangat2 “Muka Macam Daddy la Ibu , Special Sangat Hadiah Terakhir Dari Ibu” Kata Syuib

Published

on

Akhirnya Berjumpa Dengan Anak Bongsu Dan Menyentuh Ayash Affan Comel Sangat2 “Muka Macam Daddy la Ibu , Special Sangat Hadiah Terakhir Dari Ibu” Kata Syuib

Pelawak Shuib Sepahtu sudah berjumpa dengan cahaya mata bongsvnya Ayash Affan buat kali pertama hari ini yang masih berada di di H0spital Canselor Tuanku Muhriz (HTCM), Cheras berikutan kelahiran pra-matang pada 6 Ogos lalu.

Menerusi perkongsian di InstaStory, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad memberitahu anak keempatnya itu dalam keadaan sihat selain gembira dapat meluangkan masa selama tiga jam di hospital.

“Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Nikmat yang cukup indah bila dapat luangkan masa tiga jam dengan Ayash Affan. Syukur, Ayash sihat,” tulisnya sebenar tadi.

Menurut Shuib yang juga usahawan popular berusia 37 tahun itu, berat Ayash juga telah mencecah 2.6 kilogram (kg) selepas dikeluarkan dari inkubator bulan lalu.

“Berat dah 2.6 kg, menyusu kuat dan comel sangat-sangat,” kongsinya teruja.

Selain itu, dia turut berkata wajah bayi tersebut mirip dirinya yang disifatkan sebagai hadiah istimewa daripada arwah isteri Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia akibat Covid-19 di HTCM pada 9 Ogos lalu.

“Muka macam daddy la ibu (panggilan Allahyarham). Allahuakbar, i wish you were here sayang. I love you,” luahnya.

Terdahulu, Shuib berkongsi perasaan teruja apabila akan melihat dan menyentuh anaknya buat kali pertama selain memegang kata-kata Allahyarham untuk menjaga tiga lagi zuriat mereka dengan sebaiknya.

Sumber: Instagram Shuib

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Majalah Sinar Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak MajalahSinar tidak  bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending