Connect with us

RESEPI

Peniaga Cucur Kucai Udang Kongsi Resipi. Boleh Cuba Buat Untuk Menu Minum Petang

Published

on

Menceriakan waktu-waktu petang begini, menarik juga jika dapat menikmati cucur udang bersama ahli keluarga. Lagi puas hati kalau dimasak sendiri. Dapatlah kita anak beranak makan dengan berselera sambil ditemani secawan kopi terhidang di atas meja.

Untuk itu, demi menyajikan hidangan yang bukan sahaja enak rasanya malah cucur yang dimasak comel membulat dan gebu bentuknya, ada rahsianya. Nak tahu apakah itu, baca perkongsian daripada peniaga cucur udang ini yang tidak lokek dengan ilmu. Jom semak.

Cucur Kucai Udang Laku Keras

Saya jual RM1 4ketoi. Resepi yang simple.. Semua orang boleh buat… Saya halalkan resepi ini untuk kita semua

Bahan-bahan:

 

  • Tepung=1kg
  • Ibu [email protected]@yis=1/2peket
  • Garam=secukup rasa
  • Lada sulah=1sudu
  • Cili kisar=2sudu
  • Kucai =1ikat
  • Taugeh=RM1 cukup
  • Udang=saya pakai udang kertas jew
  • Air masak=agak-agak
  • Telur=1biji(letak boleh.. Tak letak pun tetap akan bulat & gebu)

Cara penyediaan:

  • Campurkan semua bahan kecuali kucai dengan udang.
  • Agak-agak dah tak berketul dan air masak.. Janga lembik sangat.. Jangan padat sangat.. Kang keras kejung pulok bila goreng.
  • Lepas tu baru letak kucai dengan udang.
  • Gaul sebati.
  • Biarkan dalam 1/2jam baru goreng. Pastikan minyak betul-betul panas
    Goreng biar garing-garing sikit. Baru sedap makan dan selamat mencuba. Inshaallah jadi

sumber : Norhaniza Kamaruddin via MAHN

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending