RESEPI
Mudah Je, Akak Ni Kongsi Cara Buat ‘Kuping-kuping’ Ayam Goreng Crispy , “Lebih 40 Kali, Lagi Afdhal…”,

Mudah Je, Akak Ni Kongsi Cara Buat ‘Kuping-kuping’ Ayam Goreng Crispy , “Lebih 40 Kali, Lagi Afdhal…”,
Masakan yang berasaskan ayam sememangnya akan sentiasa jadi pilihan terutama bagi ibu-ibu yang mempunyai anak-anak kecil. Dari berkuah hingga ke goreng, banyak resepi ayam yang boleh dimasak setiap hari sesuai dengan selera masing-masing.
Ayam goreng pastinya akan sentiasa menjadi pilihan kerana ia merupakan lauk yang sangat mudah dan cepat untuk dimasak. Manakan tidak, gaulkan saja ayam tersebut dengan kunyit dan garam, selepas itu boleh digoreng dan dimakan.
Pun begitu, SK kali ini akan berkongsikan resepi ayam goreng yang berbeza yang boleh dicuba oleh korang semua.
Menerusi perkongsian Sue Riana Di Facebook, dia menunjukkan cara-cara untuk menggoreng ayam bersalut tepung dan menjadikannya ‘kerinting’ persis baru dibeli dari kedai.
Tak usah tunggu lagi, jom kita tengok perkongsian di bawah ini. Selamat mencuba.
Si anak mintak ayam goreng
Lama ummi buat RnD macam mana nak bagi kerinting ayam goreng nih.
Letak telur tak kerinting gok.
Tengok dekat facebook siap ada kelas lagi untuk tahu macam mana ayam goreng berkuping-kuping nih.
Tak kuasa nak masuk kelas boo nak goreng ayam. Hahaha bukan kita nak niaga pun.
Arinih tahu jawapan..Taraa
Resepi
1. Sediakan tepung goreng ayam
(Kita beli tepung goreng ayam kat shopee)
2. Tepung BESTARI pun ok
3. Air masak sebekas
Ayam yang telah dipotong dan dicuci bersih
Toskan
Lumur dalam tepung, golek-golek. Pastu rendam dalam air. Lebih kurang 30saat. Jangan lama..Pahtu toskan.
Bila dah toskan Gaul gaul gaul gaul golek golek ayam dalam tepung skali lagi, gaul banyak kali.
Gaul lama-lama pun takpo, lebih 40x lagi afdhal. Dia akan keluar effect kerinting..Taraaaa…
Eh lupa, sebelum tuh panaskan minyak..Minyak kena betul-betul panas..Api sederhana.
Goreng sehingga golden. Angkat dan tos.
Boleh lah kan effect kerinting dan kuping-kupingnya. Bagi newbie macam kita. Panjang celoteh ayam goreng jer pun.
Selamat mencuba..
Notes:
Tangan yang menggaul ayam pastikan sentiasa kering. So nk celup ayam dalam air sila guna kan penyepit.
Sumber: Sue Riana
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Majalah Sinar Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak MajalahSinar tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih
-
TERKINI2 years ago
Sape Yang Tak Sedih Anak Dah Tertiarap Selama 42jam , Ayah Kepada Siti Sarah Turut Bersedih Namun Tak Mahu Untuk Ditemubual
-
AGAMA3 years ago
Cara Mengamalkan Al-Fatihah Untuk Diri Sendiri, Memang Rugi jika tak Amal
-
Uncategorized1 year ago
Subhanallah..Meningg4I Di Depan Mak4m Nabi, Rupanya lni AmaIan Sepanjang Hay4tnya
-
AGAMA2 years ago
Sesuai Sabda Rasulullah, 5 Lokasi Ini Berhubungan Erat dengan Tanda-Tanda Kiamat Besar
-
AGAMA3 years ago
Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah yg dahsyat
-
TERKINI2 years ago
(TERKINI) Noor ShafieIa Mningg4I Dun1a,Anak Prempvan Safura Yaacob
-
AGAMA3 years ago
Pulangkan Balik Sihir Kepada Tuannya Dengan Membaca Surah Az-zalzalah 3 Kali
-
AGAMA4 years ago
Sepenat Mana Kerja Suami, Takkan Dapat Lawan Penat Isteri di Rumah