Connect with us

TERKINI

Inilah Cara Nak Melihat Keindahan Atau Boleh Dikatakan Fen0meno Hujan Meteor Perseids Yang Jarang Berlaku Di Angkasa Tengah Malam Ini .

Published

on

Inilah Cara Nak Melihat Keindahan Atau Boleh Dikatakan Fen0meno Hujan Meteor Perseids Yang Jarang Berlaku Di Angkasa Tengah Malam Ini .

Fenomena hujan meteor Perseids yang berlaku dari 17 Julai hingga 24 Ogos pada setiap tahun akan menuju ‘kemuncaknya’ di tengah malam ini.

Pada malam ini, ruang angkasa kita akan ‘dihujani’ dengan fenomena hujan meteor tersebut yang dijangka berlaku dari pukul 12 tengah malam ini sehingga 6 pagi esok.

Menurut perkongsian di laman Facebook Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan hari ini, difahamkan kemunculannya boleh dilihat dengan mata kasar menggunakan kaedah yang betul.

Malah dalam masa sama, pancuran meteor Perseid ini dipercayai akan mudah dilihat sekiranya cuaca dalam keadaan baik kerana ia terang dan bersinar.

Memetik laporan terdahulu, fenomena pancuran meteor Perseids ini pernah dirakam pada 12 Ogos 2018 lalu di Felda Lembah Klau, Raub, Pahang.

Kaedah melihat meteor Perseids

Matikan lampu bagi mengurangkan kadar pencemaran cahaya
Merakam menggunakan kamera SLR atau telefon pintar yang mempunyai tetapan manual
ISO: 1600 – 2500
Aparture: f 1.2 – f 4.5
Shutter: 15 saat – 30 saat (tetapan manual bergantung kepada tahap pencemaran cahaya)

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Majalah Sinar Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak MajalahSinar tidak  bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending