Connect with us

TERKINI

Ibu Ini Seakan Tidak Mempercayai Bahawa Suaminya Telah Pergi Hanya S3kelip Mata , Kini Berstatus Ibu Yang Mmpunyai Dua Orang Anak Dan Akn Menjaga Mereka Sendirian 

Published

on

Ibu Ini Seakan Tidak Mempercayai Bahawa Suaminya Telah Pergi Hanya S3kelip Mata , Kini Berstatus Ibu Yang Mmpunyai Dua Orang Anak Dan Akn Menjaga Mereka Sendirian

Melaka: “Arwah tidak bergejala teruk tetapi dalam sekelip mata saja dia pergi meninggalkan saya dan dua anak kami,” kata Nurhaffizzah Jamal, 34, yang kehilangan suami akibat Covid-19 pada 8 Ogos lalu.

Nurhaffizzah berkata, suaminya, Norizuwan Omar, 34, hanya demam dan batuk yang tidak teruk pada 3 Ogos lalu sebelum menjalani ujian calitan di klinik swasta pada keesokannya dan disahkan positif Covid-19.

“Arwah sekali lagi menjalani ujian yang sama atas arahan pihak pengurusan kilang tempat dia bekerja di Alor Gajah pada 6 Ogos. Selepas disahkan positif, kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan arwah menjalani kuarantin kendiri di rumah.

“Arwah berkurung dalam bilik manakala saya dan dua anak, Aleesya Qaisarah, 6, dan Adriana Darsya, 10, masih belum dipakaikan gelang merah jambu,” katanya ketika dihubungi di kediamannya di Kampung Bukit Darat, Tanjung Kling dekat sini, hari ini.

Nurhaffizzah yang bertugas sebagai jururawat di sebuah hospital swasta berkata, pada malam 8 Ogos lalu, arwah mengadu sakit dada tetapi tidak mahu ke hospital kerana menganggap akan segera lega.

Bagaimanapun, menjelang subuh keadaan arwah semakin serius apabila mengalami sesak nafas dan sawan sebelum Nurhaffizzah menghubungi ambulans serta mencuba memberikan pertolongan cemas kepada suaminya.

Katanya, Pembantu Perubatan dan jururawat dari Hospital Melaka yang tiba jam 6.45 pagi memberikan pelbagai bantuan kecemasan tetapi arwah tidak memberikan tindak balas positif.

“Arwah dibawa ke Hospital Melaka dan disahkan meninggal dunia sejurus tiba. Saya seakan-akan tidak percayai apa yang berlaku ketika itu,” katanya.

Dia berkata, arwah pernah berjanji akan membawa mereka bersiar-siar di beberapa lokasi menarik di negeri ini apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat dan pandemik Covid-19 semakin reda.

“Bagaimanapun, ia tidak menjadi kenyataan kerana Allah lebih menyayangi arwah dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Darat pada jam 11 pagi kelmarin,” katanya.

Norhafizah dan dua anaknya mula dipakaikan gelang merah jambu semalam dan menjalani kuarantin kendiri hingga 28 Ogos ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Majalah Sinar Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak MajalahSinar tidak  bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending