Connect with us

TERKINI

Terkini NASA Mencari 4 Sukarelawan UntuK Mencuba Tinggal Di Marikh “BUATAN” Selama Setahun , NASA Memberitahu Akan Membuka Permohonan .

Published

on

Terkini NASA Mencari 4 Sukarelawan UntuK Mencuba Tinggal Di Marikh “BUATAN” Selama Setahun , NASA Memberitahu Akan Membuka Permohonan .

Berhasrat untuk menghantar manusia ke planet Marikh menjelang tahun 2037, NASA baru-baru ini telah memaklumkan bahawa mereka kini mencari beberapa individu untuk menyertai simulasi 3D ‘Marikh’.

Menurut Daily Mail, NASA mencari ‘individu yang sangat bermotivasi’ untuk menyertai simulasi di dalam Mars Dune Alpha iaitu ‘kawasan’ 1,700 kaki persegi yang dicetak 3D oleh ICON yang akan berlangsung selama setahun.

Difahamkan, program tersebut terdiri daripada tiga simulasi dan yang pertama akan bermula pada tahun 2022. Empat orang kru yang dicari dijangka akan menghabiskan 365 hari mereka di ‘habitat’ tiruan Planet Merah tersebut yang terletak di Pusat Angkasa Johnson NASA di Houstan, Texas.

“‘Habitat’ itu akan mensimulasikan cabaran misi di Marikh termasuk melibatkan kekurangan sumber, kegagalan peralatan, kelewatan komunikasi dan tekanan persekitaran yang lain,” kata NASA.

Tugas empat orang kru itu juga mungkin termasuk menggunakan simulasi jalan angkasa, penyelidikan saintifik, penggunaan realiti maya dan kawalan robotik, dan pertukaran komunikasi.

Hasil daripada tugas itu nanti akan memberikan data saintifik penting untuk mengesahkan sistem dan mengembangkan penyelesaian.

Permohonan dikatakan telah dibuka sejak minggu lalu dan akan berakhir pada 12 September 2021.

Individu yang berminat untuk menyertai mestilah berumur di antara 30 hingga 55 tahun, memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang Science, Technology, Engineering dan Math (STEM) dan mempunyai sekurang-kurangmya dua tahun pengalaman dalam bidang profesional yang berkaitan.

Di samping itu, setiap orang juga perlu lulus ujian simulasi angkasawan penerbangan jangka panjang NASA dan wajib menjalani vaksinasi COVID-19.

Misi simulasi ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberikan pandangan dan maklumat yang berharga untuk menilai sistem makanan ruang angkasa NASA, serta hasil kesihatan dan prestasi fizikal dan tingkah laku untuk misi angkasa akan datang.

Sumber: Daily Mail, NASA

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Majalah Sinar Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak MajalahSinar tidak  bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending