TPJ JPRO bina hubungan dengan The Patriots

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Team Penulisan JPro (TPJ) Jabatan Profesional Muda (JPro) Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mengorak langkah membina hubungan dengan pihak pengendali laman The Patriots.

- Advertisement -

Sehubungan itu, TPJ telah mengadakan lawatan bertujuan mewujudkan hubungan dua hala dan perkongsian idea antara Team Penulisan JPro dan The Patriots dalam dunia penulisan di pejabat agensi tersebut, di sini baru-baru ini.

Selain itu, TPJ juga berhasrat untuk mengadakan kolaborasi dengan pihak The Patriots melibatkan kebersamaan kedua-dua pihak ke arah memanfaatkan peluang dari sudut pengalaman ataupun kemahiran.

Menurut Presiden Persatuan Patriots Malaysia, Mohamad Jamalee Bashah, The Patriots ditubuhkan pada tahun 2012 sebagai platform landasan ilmu di media sosial yang mendukung Perlembagaan Negara.

“Pada asalnya penulisan ini bermula hanya dengan minat tetapi lama kelamaan setelah blog The Patriots dihujani dengan ribuan followers, akhirnya beberapa buah buku berjaya diterbitkan hasil nukilan penulis-penulis sukarelawan,” jelas Jamalee.

Wakil TPJ juga turut berpeluang berkongsi pendekatan yang dibawa oleh JPro iaitu memfokuskan kepada golongan profesional muda dan tidak bersifat politik, sesuai dengan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).

Di akhir sesi lawatan, Pengerusi TPJ, Faizal Razali menghadiahkan cenderahati kepada Jamalee sebagai tanda terima kasih di atas kesudian menerima kehadiran ke pejabat beliau. – HARAKAHDAILY 24/11/2019

- Advertisement -