Connect with us

SEMASA

Sayu Demi Menyara Enam Anak,Ibu Tunggal Ini Sanggup Mengambil Upah Bekerja Sebagai Tukang Memotong Rumput Untuk Kelangsungan Hidup

Published

on

Sayu Demi Menyara Enam Anak,Ibu Tunggal Ini Sanggup Mengambil Upah Bekerja Sebagai Tukang Memotong Rumput Untuk Kelangsungan Hidup

Melaka: Sara enam anak hasil pendapatan dengan mengambil upah memotong rumput. Itu cabaran dilalui seorang ibu tunggal yang terpaksa berhempas pulang bagi memastikan semua anak-anaknya tidak kelaparan.

Wanita gigih terbabit, Salbiah Tamby, 54, bagaimanapun buntu memikirkan nasibnya selepas mesin rumput lama dimiliki mengalami keros4kan serius dan memerlukan kos tinggi untuk baik pulih.

Kesengs4raan itu bertambah p3rit berikutan kurangnya pelanggan mendapatkan khidmatnya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sejak awal Jun lalu hingga sekarang.

Katanya dia mula mengambil upah memotong rumput di sekeliling kediaman penduduk sekitar Tangga Batu dan Pantai Kundor, Tanjung Kling di sini, sejak 3 tahun lalu.

“Bagaimanapun, mesin rumput ini rosak dua minggu lalu. Kos baik pulihnya memerlukan belanja besar sedangkan saya tidak mampu.

Kesukaran dilalui ibu enam anak berusia antara 15 hingga 29 tahun itu diberi perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan apabila Salbiah diberikan mesin rumput baharu dan sumbangan makanan semalam/

Salbiah berkata, setiap kali dia menggunakan tulang empat kerat untuk memotong rumput, dia menerima upah antara RM50 hingga RM100 bergantung kepada keluasan kawasan yang dimesin dan keadaan rumput dipotong.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Datuk (Nor Azman) kerana sudi membantu saya terus berusaha mencari rezeki untuk anak-anak,” katanya.

Nor Azman berkata,dia berdoa Salbiah dimurahkan rezeki dan mampu menjalankan tugas memotong rumput dengan lebih cekap sejajar dengan keupayaan tinggi mesin berkenaan.

“Saya amat kagum dengan semangat tinggi yang ada pada Salbiah berjuang meneruskan kelangsungan kehidupan dalam keadaan serba kekurangan.

Anda dah baca?Apa pendapat anda?Jangan lupa komen dan share ya dan jangan lupa juga like dia page Majalah Sinar,Terima kasih.

Sumber:hmetro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending