Connect with us

TERKINI

Perdana Menteri Menyeru Agar Rakyat Untuk Meng3kalkan Disiplin Dan Kepatuhan Terhadap SOP

Published

on

Perdana Menteri Menyeru Agar Rakyat Untuk Meng3kalkan Disiplin Dan Kepatuhan Terhadap SOP

Kuala Lumpur: Tan Sri Muhyiddin Yassin merayu supaya rakyat di negara ini terus bersabar dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan menyifatkan pengorbanan rakyat itu sebagai jihad yang besar di sisi Allah SWT dalam ikhtiar untuk menyelamatkan nyawa.

Justeru, Perdana Menteri meminta rakyat untuk mengekalkan disiplin dan kepatuhan terhadap SOP memandangkan ketika ini kerajaan masih tidak mengizinkan aktiviti merentas negeri dan saling menziarahi sempena sambutan Aidiladha kali ini.

“Bentuk pengorbanan yang tinggi juga sedang ditunjukkan khususnya petugas barisan hadapan daripada kalangan kakitangan kesihatan, keselamatan, penjawat awam mahupun sukarelawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam kita masih lagi berusaha melawan w4bak Covid-19 yang melanda negara sejak lebih setahun yang lalu.

“Saya sangat menghargai pengorbanan ini. Saya doakan agar pengorbanan saudara dan saudari petugas barisan hadapan, malah pengorbanan rakyat secara umumnya akan dikurniakan ganjaran terbaik di sisi Allah,” katanya dalam ucapan khas bersempena sambutan Aidiladha 1442H/2021.

Sempena sambutan Aidiladha tahun ini, Muhyiddin menjelaskan beliau turut memahami, ramai dalam kalangan rakyat yang sedih apabila pihak berkuasa Arab Saudi tidak membenarkan jemaah negara luar termasuk Malaysia ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji.

“Tahun ini kita terpaksa menangguhkan semua urusan berkaitan operasi musim haji kerana kita akur dengan keputusan muktamad pihak berkuasa Arab Saudi tidak membenarkan jemaah negara luar termasuk Malaysia ke Tanah Suci atas faktor ancaman kesihatan lantaran w4bak Covid-19 yang masih berleluasa.

“Saya faham bahawa ramai dalam kalangan kita yang sedih dengan berita ini, namun saya percaya saudara saudari menerima ketentuan ini dengan penuh reda, sabar dan berlapang dada.

“Semoga pada tahun hadapan, Allah akan mengizinkan umat Islam di Malaysia untuk kembali mengerjakan haji,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin mengakui pelaksanaan ibadah korban kali ini juga berbeza dengan kaedah sebelumnya tertakluk kepada pematuhan garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Veterinar.

Katanya, panduan dan SOP yang dikeluarkan pihak berkuasa perlu dipatuhi kerana ia semata-mata untuk memenuhi tuntutan syarak dalam melindungi nyawa kita daripada bahaya Covid-19.

“Dalam tempoh Fasa Pemulihan ini, kerajaan menguatkuasakan beberapa larangan tertentu mengikut SOP (dikeluarkan) Majlis Keselamatan Negara.

“Ini bermakna, saudara saudari perlu terus berada di rumah dan menyambut Aidiladha dengan keluarga di rumah secara sederhana.

“Namun berita baiknya ialah kita membenarkan pelaksanaan solat Sunat Aidiladha dan solat Jumaat dengan diperluaskan kuantitinya kepada 50 orang.

“Bagaimanapun pihak berkuasa agama Islam negeri akan menetapkan SOP mengikut kesesuaian di negeri atas perkenan Sultan-Sultan negeri,” katanya.

Dalam tempoh beberapa bulan ini, Muhyiddin turut optimis negara akan mencapai matlamat imuniti kelompok berdasarkan kelancaran pemberian vaksin Covid-19 yang sedang berjalan di seluruh negara ketika ini.

“Setakat ini, Pusat pemberian Vaksin atau PPV secara konsisten mencapai jumlah lebih 400,000 dos sehari yang meletakkan negara di landasan betul untuk mencapai sasaran imuniti kelompok menjelang akhir tahun ini.

“Kepada Allah kita mohonkan semoga w4bak Covid-19 segera berakhir,” katanya.

Anda dah baca?Apa pendapat anda?Jangan lupa komen dan share ya,Terima kasih.

Sumber:HMetro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending