Connect with us

SEMASA

Lepas Ayah, Ahad Tu Mak Pulak Pergi,”Mak Pesan Jaga Adik Baik-Baik” Lima Beradik Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata.

Published

on

Ramai yang masih memandang rendah akan bahayanya Covid-19 dan menganggap ia masih lagi sama seperti demam biasa. Angka kes harian yang semakin tinggi dikatakan dimanipulasi oleh kerajaan dan sebagainya.

SOP yang telah digariskan banyak yang dil4nggar dan dikatakan buat apa mereka patuhi sekiranya masih ramai yang mel4nggarnya juga dan macam-macam lagi jenis alasan yang mereka berikan.

Mungkin berita ini mampu untuk memberikan kesedaran buat mereka. Baru-baru ini, lima beradik di Bandar Sunggala, Port Dickson, Negeri Sembilan bertukar status menjadi anak yatim piatu dalam sekelip mata.

IBU BAPA MENINGGAL DUNIA AKIBAT COVID-19

Ibu bapa mereka telah meninggal dunia akibat Covid-19. Nyatalah bahawa memang benar w4bak ini mampu untuk mer4gut nyawa. Sungguh sedih dan pilu apabila kehilangan dua insan tersayang dalam sekelip mata.

Arwah bapa, Rodzi Tahar yang berusia 55 tahun telah meninggal dunia pada hari Isnin yang lalu manakala arwah ibu mereka, Nazita Idris yang berusia 45 tahun pula telah meninggal dunia pada hari Ahad dan kedua-duanya dir4wat di Hospital Tampin.

NENEK DAN SEISI KELUARGA TURUT POSITIF

Bukan sahaja ibu bapa mereka, malah mereka lima beradik termasuk nenek yang berusia 75 tahun turut disahkan positif Covid-19 dan kini sedang dirawat di Hospital Tampin namun keadaannya masih terkawal.

Mereka lima beradik Muhammad Haidir, 23; Muhammad Hairie, 20; Nurhairieka,18; Muhammad Haiqiel, 13 dan Muhammad Khierzamani, 7, yang turut disahkan positif Covid-19 pula kini sedang menjalani kuarantin di rumah.

Muhammad Haidir berkata, arwah ayahnya dimasukkan ke hospital pada 28 April lalu selepas ujian saringan dilakukan di Hospital Port Dickson mengesahkan yang dia positif Covid-19.

“Saya membuat keputusan mengajak ayah melakukan saringan Covid-19 kerana bimbang apabila dia dem4m dan mengalami ses4k naf4s. Lagipun ayah ada penyakit bvah pingg4ng, kenc1ng manis dan dar4h tinggi.

“Rupa-rupanya ayah positif Covid-19 dan dia dihantar ke Hospital Tampin untuk raw4tan,” katanya.

SEMUANYA BERLAKU TERLALU PANTAS

Bagaimanapun menurutnya lagi, segalanya berlaku dalam keadaan yang terlalu pantas apabila doktor telah mengesahkan bahawa bapa mereka telah pergi untuk selamanya pada jam 4.30 pagi, 31 Mei lalu.

Ujian yang ditanggung Muhammad Haidir dan adik-beradiknya menjadi bertambah berat saat menerima perkhabaran bahawa ibunya pula disahkan positif pada hari bapanya meninggal dunia.

“Selepas enam hari ibu bertarung dengan Covid-19 ketika dir4wat di hospital sama, dia disahkan meninggal dunia. Saya anggap semua ini sudah ketentuan. Saya pun tidak tahu bagaimana ia boleh menj4ngkiti arwah ayah sebelum menj4ngkiti kami sekeluarga.

“Walaupun saya dan adik-adik turut positif, tapi saya bersyukur kerana kami berada dalam keadaan baik-baik saja. Hanya pada awal itu kami hanya ada simptom demam,” katanya.

MENANTI MASA UNTUK MENYELESAIKAN URUSAN ARWAH

Sukar untuk dibayangkan bagaimana keadaan mereka. Sudahlah tidak dapat melihat arwah ibu dan bapa buat kali terakhir malah mereka terpaksa menanti sehingga habis kuarantin untuk menziarahi pusara keduanya.

Muhammad Haidir berkata sebagai anak sulung, dia kini hanya menunggu waktu gelangnya dipotong bagi membolehkannya menyelesaikan urusan yang berkaitan arwah ibu bapanya.

Selepas itu katanya, dia mahu memikirkan masa depannya adik-beradik. “Sebelum mak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), dia sempat berpesan supaya jaga adik-adik. Saya akan pegang amanah ini sebaik mungkin.

“Adik-adik saya OK, begitu juga dengan adik bongsu Muhammad Khierzamani. Cuma dia agak manja dengan arwah mak dan ayah,” katanya.

Sementara itu, dia mengucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak yang menghulurkan sumbangan untuknya dan adik-beradik.

RESPONS WARGANET

Rata-rata warganet menitipkan doa buat kedua-dua arwah dan memberikan kata-kata semangat buat keluarga mangsa. Semakin hari semakin ramai yang terj4ngkiti dengan penyakit covid 19

Ada juga yang mengingatkan bahawa w4bak ini memang sangat bahaya. Jika kita mengambil mudah akannya, bersedialah kerana ia pasti akan mengg4nggu gvgat keluarga kita pula.

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman melihat terlalu ramai yang datang untuk swab test di kawasan Port Dickson. Ditambah pula dengan kes yang semakin meningkat disana, jadi dia mengingatkan agar semua orang untuk sentiasa berhati-hati.

Sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah buat kedua-dua arwah dan semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

SUMBER : Akses Info, SINAR HARIAN

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending