Connect with us

TERKINI

Ibu Dan Anak 5 Tahun Ini Kembali Jadi Gelandangan Semula Selepas Setahun Dibantu Ustaz Ebit Lew

Published

on

“Bekas penghuni rumah transit Baitulmal bergeIandangan di stesen LRT Pasar Seni, Kuala Lumpur”

Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP telah mendapat maklumat tentang seorang ibu dan anak perempuan beliau yang berumur 5 tahun bergeIandangan di Stesen LRT Pasar Seni, Kuala Lumpur sejak beberapa hari yang lalu.

Risau tentang keadaan anak perempuan ibu tersebut yang masih kecil, skuad dengan segera turun mencari dan menjejaki ibu tersebut di stesen LRT Pasar Seni.

Hasil pencarian Skuad telah menjumpai ibu ini dan mendapati beliau adalah Puan Farida binti Sharif yang merupakan bekas penerima bantuan Baitulmal MAIWP dan bekas penghuni Rumah Transit Baitulmal pada tahun 2015 dan 2016.

Selepas itu, Puan Farida dikhabarkan telah berpindah ke Negeri Sembilan.

Rupanya pernah dibantu Ebit Lew

Kes beliau muncul semula pada tahun 2020 apabila Ustaz Ebit Liew menjumpai keluarga ini yang bergeIandangan semula di Jambatan Selayang dan telah membantu menempatkan mereka di rumah sewa di Selayang, Selang0r.

Hasil temubual pihak skuad bersama Puan Farida, beliau memaklumkan masih menetap di Selayang tetapi sering berkeliaran di sekitar Pasar Seni untuk mencari perkerjaan dan rezeki.

Ditambah pula dengan masalah keluarga yang dihadapi menyebabkan beliau sering berada disitu.

Maklumat ini juga telah disahkan 0leh angg0ta P0lis Bantuan yang bertugas disitu dan menyatakan Puan Farida selalu datang ke situ bersama anak perempuan beliau untuk mencari sumber pendapatan.

Skuad telah menasihatkan agar Puan Farida segera kembali ke rumah sewa beliau di Selayang.

Beliau turut dinasihati agar tidak bergeIandangan di stesen tersebut kerana dikhuatiri akan menimbulkan cerita dan persepsi yang bvruk dikalangan masyarakat apatah lagi dikala kes C0VlD-19 sedang meningkat naik di Kuala Lumpur.

Demi keselamatan dan risik0 jangkitan kepada beliau dan anak beliau, skuad telah memaklumkan agar Puan Farida tidak kembali bergeIandangan di stesen tersebut ataupun di kawasan lain.

Skuad juga akan memaklumkan perkara ini kepada pihak Lembaga Zakat Selang0r (LZS) agar dapat membantu Puan Farida dan keluarga ini dengan sebaiknya.

Terima kasih atas maklumat yang disampaikan kepada pihak Skuad.

Dibantu oleh Ebit Lew tahun lalu

Terdahulu, sekitar April tahun lalu, pendakwah popular Ustaz Ebit Lew pernah berkongsi di laman sosial Facebook mendedahkan nasib seorang ibu yang sedang hamil bersama anak kecil yang hanya mampu berteduh di bawah jambatan.

Menerusi perkongsian itu, beliau dimaklumkan seorang wanita tentang kisah dua beranak itu sebelum bergegas keluar dari rumah jam 11.30 malam.

” Sampai atas (jambatan) menangis tengok adik comel ni dah tidur. Sejuknyalah ya ALLAH. Alas kotak jer. Macam anak saya kecil. Dah lena dekat rumah. Adik ni atas jambatan susahnya,” tulis beliau.

Kata Ustaz Ebit Lew, beliau lega apabila wanita tersebut mengenalinya dan terus membawanya pulang ke rumah buat sementara waktu.

Menerusi kiriman yang sama, Ustaz Ebit Lew memohon orang ramai supaya memaklumkan kepada beliau sekiranya terdapat rumah untuk disewa di sekitar Kuala Lumpur atau Gombak.

” Siapa ada rumah untuk disewa sekitar kl atau area gombak ni yang tak mahal boleh pm saya yer. Terima kaseh yer.

” Sejuk hati tengok adik ni tadi baru sekejap tidur alas kotak dan ada ubat nyamuk. Sekarang dah takde nyamuk. Tidur lena yer adik comel bilik selesa aircond tandas semua selesa. Allah sayang,” ujarnya.

Kisah meruntun jiwa itu menarik perhatian netizen apabila meraih 120k tanda suka, 11k komen dan 18k ‘shares’.

Sumber: asiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending