HAK PASTI Putra Permai berlangsung meriah

- Advertisement -

PUCHONG: PASTI Putra Permai 1 dan 2 telah menganjurkan Hari Anugerah Kecemerlangan (HAK) yang berlangsung meriah di Auditorium Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia, di sini hari ini.

- Advertisement -

Sesi graduasi ini merupakan acara tahunan yang bertujuan meraikan murid-murid 6 Tahun khususnya di atas kejayaan menamatkan pengajian mereka di institusi ini sebelum melangkah ke alam sekolah.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Puchong, Mohd Rasidi Yusop dan turut dihadiri oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Puchong, Suhaimi Sahat serta pimpinan lain.

Seramai 270 murid PASTI diraikan dengan penyampaian hadiah mengikut kategori iaitu Hadiah Am, Akademik, Anugerah Khidmat Setia 3 Pians, Sijil Konvokesyen dan Tokoh Pelajar.

Majlis dibuka dengan bacaan surah Al-Qiamah oleh tiga murid, selain turut diserikan dengan pelbagai persembahan murid-murid 4, 5 dan 6 Tahun, selain turut diadakan cabutan bertuah untuk hadirin di majlis ini.

Nusrah Tihani Muhammad Taqiyyuddin dan Muhammad Zulhusni Yuhendri Faizal yang telah dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar PASTI Putra Permai 1 dan 2 sempena pengnugerahan ini. – HARAKAHDAILY 11/11/2019

- Advertisement -