PAS Puchong lahirkan Wartawan Rakyat amilin

- Advertisement -

PUCHONG: Hasrat melahirkan lebih ramai Wartawan Rakyat dalam kalangan amilin PAS disambut baik oleh Lajnah Penerangan dan Media Baru PAS Kawasan Puchong dengan menganjurkan Bengkel Penulisan Berita.

- Advertisement -

Bengkel disertai anggota PAS khusus dalam Kawasan ini telah dikendalikan oleh Pengarang HarakahDaily, Izwan Abdul Halim yang dilaksanakan di Pejabat PAS Kawasan Puchong di Bandar Bukit Puchong, di sini hari ini.

Matlamat penganjuran bengkel penulisan ini adalah untuk melatih ahli melaporkan segala info berkaitan dengan aktiviti PAS di peringkat Cawangan dan Kawasan kepada masyarakat, selain sebagai agen penyampaian maklumat yang benar, telus dan tepat.

Para peserta telah diajar mengenai teknik-teknik penulisan tiga jenis berita utama iaitu melibatkan berita program dan aktiviti PAS serta  berdasarkan kandungan dan perspektif ucapan pimpinan dalam memugar dasar, pembawaan dan hala tuju PAS.

Bengkel penulisan ringkas namun padat dengan maklumat dan teknik penulisan berkesan bagi membentuk Wartawan Rakyat yang proaktif dalam menyampaikan mesej-mesej PAS serta dakwah Islam begini perlu dilaksanakan dengan lebih kerap di masa akan datang. – HARAKAHDAILY 9/11/2019

- Advertisement -