Connect with us

AGAMA

Nak Murah Rezeki? Jangan Tinggal Solat Dhuha

Published

on

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam buat semua…kali ni saya nak share something yang sangat bermanfaat buat kita sebagai muslim yang sentiasa percaya dan yakin akan segala janji-janji Allah kepada setiap hamba-Nya yang benar-benar bergantung hanya pada-Nya satu-satunya. Saya sendiri juga sedang cuba mendisiplinkan diri saya agar saya dapat menunaikan Solat Dhuha ini setiap hari yang mana biasanya saya mulai dgn solat taubat terlebih dahulu. Bukan lah berniat nak canang satu Malaysia yang “oooh saya buat setiap hari!”. Niat saya sekadar ingin berkongsi kelebihan Solat Dhuha ini yang patut kita apply dlm amalan harian. Tapi jgn lupa…jgn lah buat sebab nak rezeki murah & luas…tapi ikhlas lah kerana Allah..apa yang penting kita sentiasa yakin dan ikhlas dengan Allah…okeh…peacceee. Mari kita lihat detail tentang solat dhuha ni

1. Apa Itu Solat Dhuha

  • Solat Dhuha ialah solat sunat yang dilakukan di waktu pagi bermula dari jam 8.00 pg sehingga gelincir matahari
    Hukumnya sunat mu’akkad.
  • Paling sedikit dikerjakan 2 rakaat dan paling banyak 12 rakaat dengan dua rakaat salam
    Sunat dibaca bila mana mengerjakan 2 rakaat shj, maka rakaat pertama membaca surah Asy-Syams dan rakaat kedua membaca surah Ad-Dhuha.
  • Sekiranya dikerjakan lebih dari dua rakaat, maka cukup membaca surah Al-kafirun pd rakaat pertama dan An-Naas pada rakaat kedua.

2. Keajaiban Solat Dhuha

  • Menjauhkan dari kemiskinan
  • Mempermudahkan keampunan dari Allah
  • Jalan untuk membuka pintu rezeki
  • Bentuk Sedekah
  • Sentiasa mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah
  • Mengubah kesukaran menjadi kemudahan dalam mencari rezeki
  • Allah akan membina istana di syurga
  • Menajamkan hati nurani

3. Cara mengerjakan Solat Dhuha

Niat solat Dhua

  • “Sahaja aku solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Taala”
  • Takbiratul ihram
  • Membaca doa iftitah
  • Membaca surah Al-Fatihah
  • Membaca satu surah dlm Al-Quran
  • Rukuk dan tasbih 3 kali
  • Iktidal dan bacaannya
  • Sujud dan tasbih
  • Duduk antara dua sujud dan bacaannya
  • Setelah rakaat pertama selesai, lakukan rakaat kedua sebagaimana cara di atas, kemudian tasyahud akhir lalu memberi salam

4. Doa Solat Dhua

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,

keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,

kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,

jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.

Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,

limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending