Connect with us

TERKINI

Suami Marah Kena Tolong Hantar Isteri Checkup Hamil-“Hal Kecik Pun Suh Teman”

Published

on

Pemeriksaan antenatal perlu dijalankan secara berkala agar ibu-ibu hamil tahu mengenai perkembangan janin mereka dari semasa ke semasa. Biasanya ketika ini, mungkin wanita larat saja pergi seorang diri ke pusat kesihatan. Namun sekiranya ada masa, tidak salah untuk para suami menemani dan pastiya isteri anda bakal senyum sampai ke telinga.

Hal kecik pun nak suruh teman…Buang masa aku je kau ni

Pun begitu bagi seorang wanita ini, dia seakan-akan makan hati apabila suaminya menganggap pergi menemankannya ke pusat rawatan untuk memeriksa bayi mereka ibarat mengada-ngada sahaja. Pertengkaran itu didengari oleh Cik Miho lalu dikongsikan semula ke Facebook. Lelaki terbabit malah menyifatkan semua itu sebagai membuang masa walhal isterinya boleh pergi sendiri tanpa berteman

Mengandung ni bukan senang…Emosi isteri mudah terganggu

Mendengar rungutan kasar si suami yang memarahinya, wanita berkenaan gagal menahan air mata. Oleh yang demikian, pemilik Facebook itu memberikan pesanan bahawa sesungguhnya proses kehamilan ini bukanlah mudah. Jika isteri berkata tidak larat, ia adalah benar ditambah pula dengan emosi yang selalu turun naik.

Isteri akan rasa dihargai jika suami bersama-sama teman pergi checkup

Bukan sekadar memberikan sokongan moral, namun sebenarnya suami juga dapat menambahkan ilmu tentang wanita dan kehamilan sekiranya mengikuti sesi pemeriksaan tersebut. Malah isteri juga akan rasa dihargai sekali gus menempuh proses mengandung dengan positif.

Sumber: kisahdunia

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending