LGE tabur racun berbisa atas Umno dan PAS

- Advertisement -

SETELAH menyatakannya dalam kenyataan rasmi beliau selaku Setiausaha Agung DAP pada 28 Oktober lalu, Lim Guan Eng sekali lagi menabur racun berbisa terhadap Umno dan PAS dalam ucapan beliau sempena Konvensyen Tahunan DAP Johor di Muar pada 3 November.

Seperti sebelumnya, tiga elemen paling serius dalam ucapan yang dikemukakan dalam konteks memastikan kekalahan BN dalam PRK Tanjung Piai, adalah:

(1)     Umno dan PAS akan menghapuskan hak-hak asasi bukan Melayu dan bukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan.

(2)     Umno dan PAS tidak akan membenarkan bukan Melayu dan bukan Islam memegang jawatan Menteri dalam Kabinet.

(3)     Umno dan PAS tidak akan membenarkan bukan Islam, khususnya Kristian, berkumpul untuk menunaikan ibadat mereka.

Saya secara peribadi tidak pernah mendengar, menonton atau membaca mana-mana pemimpin Umno dan PAS menyebut ketiga-tiga perkara yang dinyatakan ini.

Oleh itu, amat pelik sekali tatkala Lim Guan Eng menyelar Umno dan PAS yang didakwa kuat menipu, beliau sendiri tidak segan silu memfitnah Umno dan PAS pula.

Mengapa pemimpin Umno dan PAS tidak memandang serius perkara ini sehingga Lim Guan Eng boleh berulang-ulang kali menyebutnya secara terbuka dan secara rasmi? – HARAKAHDAILY 5/11/2019

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -
- Advertisement -