Hari Keluarga PASTI Alor Gajah meriah

- Advertisement -

ALOR GAJAH: Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah telah menganjurkan Hari Keluarga PASTI yang telah diadakan dengan meriahnya di Pantai Pengkalan Balak, di sini semalam.

- Advertisement -

Program ini bertujuan memupuk ukhuwah dalam kalangan warga PASTI dan Pemuda PAS Alor Gajah serta menghargai sumbangan para guru dalam mendidik murid-murid selama ini.

Pelbagai aktiviti sukaneka yang telah diadakan seperti telefon buruk, kapal terbangku terbang jauh, tarik tali antara suami guru PASTI dan Pemuda PAS serta cabutan bertuah.

Di dalam ucapan perasmian oleh Yang DiPertua PAS Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin beliau menyeru warga PASTI untuk bersama mempertingkatkan kefahaman Islam.

Serunya, kehadiran ke program tarbiyah yang dianjurkan oleh PAS penting agar dapat membentuk kesatuan fikrah dan amal dalam mencapai tujuan penubuhan PASTI seperti dihasratkan.

Tambah beliau lagi, guru-guru PASTI mempunyai tugas yang besar dalam menyemai benih-benih Islam kepada generasi pelapis yang akan mewarisi kepimpinan dipelbagai bidang dan peringkat.

Antara pimpinan PAS Alor Gajah yang turut hadir adalah Ketua Pemuda, Khanapiah Md Nor dan Ketua Muslimat, Rosela Alwi serta Pengerusi PASTI, Afif Che Roselam dan Ketua Majlis Guru PASTI, Rohaya Rahmat. – HARAKAHDAILY 4/11/2019

- Advertisement -