Pemandu bas sekolah menangis terkendu kerana Ustaz ebit lew

MESKIPUN berdepan pelbagai kecaman sejak beberapa hari lalu, namun ia tidak mematahkan semangat pendakwah bebas Ebit Lew untuk terus menyumbang khidmat baktinya kepada golongan memerlukan.

Ini dibuktikan menerusi entri terbaharu di akaun Facebook miliknya, semalam, yang mana beliau kembali meneruskan aktiviti kebajikannya

 

Sayu sebak petang ini bila driver bas dan sekolah minta bantuan. Saya hadiahkan sedikit barang dapur untuk 250 orang driver. Saya pack dari Elewsmart tadi. Ada beberapa orang saya beri sedikit duit belanja. Sedih rasa, Tahun 2020 cuma 6bulan ada pendapatan. 6 bulan lagi langsung tiada pendapatan. 6bulan nak tampung setahun. Macam mana untuk kelangsungan hidup. Ramai yang jadi grab food, food panda dan jual kueh dan berniaga kecil-kecilan. Tengah zaman hari ini nak mulakan perniagaan bukanlah senang. Ya Allah. Syarikat besar pun banyak tutup.

Tengok mereka macam abang kakak. Ayah mak kita sendiri. Tengok ramai juga kakak-kakak driver van dan bas sekolah. Kasihan mereka. Ya Allah. Ramai ucap terima kaseh. Mereka minta doa dan semangat untuk teruskan hidup. Ya Allah. Terasa macam keluarga sendiri. Ramai juga nak bergambar tadi.

Tanpa mereka. Susahnya mak ayah nak nak urus anak-anak ke sekolah. Kini semua mak ayah bekerja. Mereka memudahkan agar anak kita menjadi orang mulia dan berjaya. Kini waktu ujian mereka pula. Marilah kita doakan dan cuba bantu mereka walau sedikit. Semoga Allah terima usaha kecil kita-ebitlew

 

Sifat lemah lembut dan kasih sayang beliau membuatkan orang ramai menyukai Ustaz Ebit dan menyokong misi kemanusiaan beliau. Malah melalui contoh dan tauladan yang ditunjukkan oleh beliau, ramai rakyat Malaysia yang turut sama menyumbang mengikut kemampuan masing-masing. Sifat dermawan beliau menjadi pembakar semangat bagi orang lain untuk turut sama beramal membantu golongan yang memerlukan.

Artikel Popular



Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*