Ustaz Kazim sudah keluar hospital, Abangnya Dedah punca penyakit

Pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias sudah dibenarkan pulang selepas tiga hari menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini.

Abangnya, Datuk Mohd Najmuddin Elias berkata, kebenaran itu diberikan pihak hospital setelah berpuas hati dengan tahap kesihatan pendakwah tersebut yang semakin memuaskan.

“Setelah urusan hospital selesai, adik saya dibenarkan keluar untuk berehat di rumah.

“Keadaannya agak lemah dan berat badannya telah berkurangan, apa pun kami gembira dan bersyukur beliau dibenarkan pulang,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau berkata, punca penyakit dialami Mohd Kazim masih belum diketahui walaupun telah beberapa kali melakukan proses Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan Ultrasound.

Begitupun pihaknya tidak mahu membuat sebarang andaian termasuk kemungkinan terkena sihir seperti yang diperkatakan banyak pihak.

“Kami tidak boleh membuat berbagai andaian waktu ini termasuk unsur mistik, adalah lebih baik memberi ruang beliau berehat di samping tunggu dan lihat perkembangannya dalam waktu terdekat ini,” katanya.

Ahad lalu, Mohd Kazim memuat naik gambar berada di hospital sedang menjalani rawatan selepas mengadu sakit perut, pinggang dan bahagian belakang badan.

Beliau dilaporkan menghadapi masalah tidak boleh tidur lebih daripada dua bulan dan sejak dua minggu lalu kesihatan Pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah itu semakin tidak stabil sehinggalah dimasukkan ke wad, Selasa lepas.

ustaz kazim biodata

Ustaz Kazim dilahirkan di Kampung Paya, daerah Selama, Perak pada 28 Noevember 1972.Merupakan anak ke 7 dari dari 9 adik beradik. Dari pasangan Elias Bin Che Mat dan Nazirah Binti Ismail iaitu seorang guru agama di sekolah di Batu Kurau. Bapanya juga seorang guru agama meninggal dunia ketika beliau berusia 8 bulan. Menurut salasilah keluarga, kedua-kedua datok dan neneknya juga merupakan guru agama yang aktif di daerah Batu Kurau sekitar awal tahun 1900. Ustaz Kazim juga merupakan adik kepada YB Kapt (B) Dato Hj Mohd Najmuddin bin Elias, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Tok Sajak, Batu Kurau Perak. Kemudian menyambung persekolahannya di Sekolah kebangsaan Besout, Sungkai Perak apabila ibunya ditukarkan ke Sungkai. Menyambung persekolahan menengah di Sekolah Menengah Besaut. Disini lagi bliau telah menunjukkan ciri ciri kepimpinan apabila dilantik menjadi pengawas dan ketua pelajar dan juga mula mendekatkan diri dengan ilmu-ilmu agama melalui buku-buku yang diperoleh dari perpustakaan sekolah. Oleh kerana minatnya yang mendalam di dalam bidang agama, beliau telah memohon dan berjaya memasuki Sekolah Agama Syubbaniah, Batu Kurau selepas tingkatan 5 dan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia. Beliau kemudian menyambung pembelajarannya di Maahad Tahfiz Al Quran & Qiraat Negeri Perak di Masjid Negeri Perak sehingga mendapat Diploma Tahfiz Al Quran.

Setelah menamatkan pengajian di Maahad Tahfiz Al Quran & Qiraat Masjid Negeri Perak, beliau mula mengajar sebagai guru tahfiz di Maahad Tahfiz Al Quran Addin, Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak pada tahun 1993. Disamping itu juga beliau telah dijemput untuk menjadi pensyarah di Pusat Perkhidmatan Keluarga Cawangan Negeri Perak iaitu pusat kaunselling keluarga pada tahun 1994. Di pusat inilah beliau mula didedahkan dengan pelbagai karenah dan permasalahan keluarga. Namun walaupun dalam usianya yang muda itu, pendekatan rohaniah dan agama yang digunakan beliau mampu untuk menyelesaikan isu & masalah keluarga dan melalui kejayaannya disitu, beliau telah dilantik untuk menjadi pengarah bagi pusat kaunselling tersebut pada tahun 1996. Selain itu juga beliau adalah merupakan Imam untuk Masjid Al Aulia yang terletak di jalan Kuala Kangsar, Ipoh, Perak sehingga tahu 2001.
Walaupun telah bermula berdakwah pada awal tahun 1990 secara kecil kecilan di surau-surau dan madrasah, namun kegiatan dakwahnya mula mendapat sambutan yang luas apabila menubuhkan sebuah pusat dakwah yang diberi nama Sedaya Irham pada tahun 2001. Beliau yang juga merupakan Pengarah Urusan pusat itu juga mula berjinak dalam dunia perniagaan dimana beliau telah mula menjual produk-produk kesihatan dan keperluan muslim di pusat operasi Sedaya irham di Jalan Tun Abdul Razak Ipoh. Sedaya Irham dan nama Ustaz Kazim mula mendapat perhatian masyarakat yang tertarik dengan ceramah dan hala tuju pusat kelolaannya itu. Atas kesungguhan beliau mengurus tadbir Sedaya Irham dan kekuatan usahanya untuk meluaskan syiar Islam, beberapa penduduk yang prihatin dengan perjuangan Ustaz Kazim dan bersama ustaz telah menubuhkan sebuah pusat pendidikan Islam di sebuah lokasi di Kg Manjoi Ipoh Perak yang dinamakan Pusat Pendidikan Al Barakah pada tahun 2005.

Sekarang Pusat Pendidikan Al Barakah semakin maju dan mempunyai asset mencecah jutaan ringgit.

 

Artikel Popular



Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*