Kerajaan Pn Gusar, Anuar Ibrahim Kini Mengadap Agong

Kuala Lumpur: “Semoga dipermudahkan segala urusan hari ini”. Itu status terkini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 pagi hari ini.

Status yang dimuat naik di Facebook (FB) Anwar dan turut disertakan gambar beliau bersama isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dipercayai berkaitan pertemuan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijadualkan pagi ini.

Al-Sultan Abdullah dijangka membuat beberapa pengesahan terlebih dahulu selepas perkenan menerima menghadap Anwar hari ini berhubung dakwaan Anwar mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baharu di Malaysia.

Proses verifikasi itu amat penting untuk Seri Paduka Baginda melihat bukti sokongan majoriti kepada Anwar seperti kenyataan bersumpah (SD).

Anwar mengesahkan beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini bagi mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti ahli Parlimen yang menyokongnya yang didakwa kukuh dan meyakinkan.

Terdahulu pada satu sidang media di sebuah hotel di ibu negara pada 23 September lalu, Anwar mendedahkan mempunyai sokongan kukuh daripada ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Anwar dipetik berkata, beliau sudah mendapat perkenan untuk menghadap sehari sebelum itu namun terpaksa ditangguhkan selepas Baginda menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution dalam kenyataan media semalam mengarahkan semua pengikut parti tidak mengadakan apa-apa perhimpunan susulan pertemuan Anwar dan Al-Sultan Abdullah.

Petugas media masih menunggu maklumat masa dan tempat sidang media yang dijangka akan diadakan Anwar hari ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim telah diminta untuk hadir memberi keterangan berhubung dakwaan bahawa dia mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Huzir Mohamed dalam satu kenyataan berkata, siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 505(b) kanun keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sehingga kini, sebanyak enam laporan polis telah diterima dan PDRM masih lagi menjalankan siasatan lanjut berkenaan dakwaan yang tersebar luas di media massa sejak kebelakangan ini.

“Sehubungan itu, Anwar telah diminta untuk memberi keterangan pada 12 Oktober, jam 11 pagi. Namun begitu, setiausaha sulit beliau memaklumkan bahawa Anwar hanya dapat hadir pada 13 Oktober, jam 9 pagi.

“Justeru, PDRM telah menangguhkan janji temu tersebut sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” kata Huzir.

Dia juga menegaskan kepada orang ramai agar tidak gusar dengan penyebaran berita tersebut.

“PDRM menasihatkan semua pihak yang berkepentingan supaya tidak menyebarkan berita yang belum pasti kesahihannya.

“PDRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas pihak yang menyebarkan berita palsu, tidak sahih dan mengelirukan orang ramai,” kata Huzir.

Beberapa anggota parlimen Umno, termasuk ahli parlimen Arau, Shahidan Kassim dan ahli parlimen Besut, Idris Jusoh, sebelum ini membuat laporan polis untuk menafikan pembabitan mereka setelah nama masing-masing muncul dalam senarai yang dinyatakan.

Presiden PKR itu pada akhir bulan lalu mendakwa bahawa dia telah memperoleh jumlah sokongan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baru. Anwar juga dijadualkan menghadap dengan Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan sokongannya kepada Seri Paduka esok.

Mengulas lanjut, pengarah jabatan siasatan jenayah itu berkata satu siasatan telah dijalankan ke atas kes penyebaran senarai 112 anggota Parlimen yang didakwa menyokong Anwar.

“Siasatan dimulakan setelah menerima laporan polis daripada anggota Parlimen Jerantut, Pahang pada 8 Oktober yang lalu,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Anwar yakin dia mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan seterusnya dan melayakkannya dilantik sebagai perdana menteri.

Namun, beberapa anggota Parlimen membuat laporan polis dan mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak menyokong Anwar seperti yang didakwa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Sinar

Artikel Popular



Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*