Connect with us

AGAMA

Seburuk Apapun, Sehina Apapun, Mereka Tetap Adik Beradik Kita, Mereka Tetap Darah Daging Kita

Published

on

Seibu, sebapa, merekalah saudara terdekat kita, merekalah adik beradik kita. Kalau bukan mereka, siapakah lagi yang sepatutnya kita berbuat baik.

Jangan selalu lihat keburukan adik beradik sehingga lupa akan kebaikan nya kerana adik beradik tetap adik beradik cuma dilahirkan berlainan nasib dalam hidupnya.

Ada yang susah, ada yang senang, jangan kita bangga sekiranya kita lebih baik dari adik beradik yang lain kerana suatu hari nanti semua akan berbalik.

Jangan kita angkuh & sombong kepada adik beradik yang kurang bernasib baik kerana mereka yang akan tolong susah payah kita satu hari nanti tanpa kita sangka.

Jangan terlalu berkira akan harta & duit yang kita ada kerana harta & duit takkan kekal selamanya.. Pernah ka kita terpikir siapa yang angkat jenazah kita kelak ??
Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Pernah kah kita terpikir siapa keluarga terdekat kita yang membungkus mayat kita kelak ?? Adakah harta boleh tolong kita ketika mayat dibungkus kelak.,

Tidak. adik beradik kita sejahat mana pun ia, ia takkan jijik menyentuh mayat kita walaupun ia hina buruk & jahat dimata kita.. Jangan terlalu benci akan adik beradik kerana adik beradik tetap adik beradik.

Berkatnya rezeki dari tali persaudaraan adik beradik.. Semoga kita ingat akan siapa diri kita, kita hanya hamba yang hina dimata Allah..

Semoga kita mendapat manfaat dari perkongsian ini. Semoga kita dilembutkan hati dari perasaan benci kepada sesama adik beradik mau pun manusia lain. Amiin ya rabbal alamiin

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Sinar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending