Connect with us

SEMASA

Covid-19 kini memasuki gelombang ke tiga, Ini Rakyat Malaysia Wajib tahu

Published

on

Putrajaya: Malaysia kini berada di permulaan gelombang ketiga Covid-19, susulan peningkatan mendadak kes jangkitan virus itu di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, bagaimanapun berkata, ia bukan saja dihadapi negara ini tetapi banyak negara lain di seluruh dunia.

“Apa yang kita perlu lakukan adalah membendung penularan jangkitan dan untuk itu, tindakan kita amat penting. Prosedur operasi standard (SOP) sudah ada di semua sektor dan kita harap rakyat patuh SOP.

“Apa yang penting, kita masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Kita belum kembali kepada keadaan biasa lagi,” katanya tadi.

Berhubung unjuran kes, Dr Noor Hisham berkata, ia bergantung kepada tindakan Kementerian Kesihatan dan pelbagai agensi serta rakyat.

“Kementerian Kesihatan akan melindungi tempat seperti pusat jagaan warga emas, depoh tahanan imigresen, penjara dan tempat tahanan lain supaya kes baharu yang dikesan diasingkan daripada kes lama sekurang-kurangnya untuk tempoh dua minggu,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, peningkatan kes yang berlaku ketika ini adalah contoh yang jelas jika rakyat negara ini, sama ada pemimpin atau rakyat biasa tidak mematuhi SOP.

Katanya, ketika ini, kes penularan masih boleh dibendung menggunakan intervensi kesihatan awam dan melaksanakan langkah dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

“Menang atau kalah bergantung kepada kita. Gelombang ini bukan bermusim, ia sentiasa berterusan.

“Kita sudah menang beberapa ‘peperangan’ iaitu PKP, PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan, kita boleh menurunkan kes kepada dua angka yang rendah, malah satu angka.

“Ini (peningkatan kes) di Sabah adalah contoh yang baik apabila kita lalai, inilah yang berlaku. Jadi, diharap ia menjadi pengajaran supaya perkara seperti ini tidak berulang,” katanya.

Ditanya sama ada kemungkinan PKP dilaksanakan semula, beliau berkata, pihaknya sedang memerhatikan perkembangan terkini.

“Jika merebak dengan cepat, mungkin kita akan tengok tindakan susulan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Sinar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending