Dakwaan Raja Kamarul Bahrin kosong tanpa bukti

- Advertisement -

SAYA cuba cari dalam kenyataan Senator Dato’ Raja Kamarul Bahrin perkara baru dari dakwaan terkini beliau konon PAS terima banyak habuan dari Umno itu. ‘Tiada’!

- Advertisement -

Masih lagi tuduhan liar. Setahu saya Dato’ Dr Nasharudin Mat Isa ini sudah lama tiada urusan dengan PAS. Saya sendiri sejak 2009 tidak pernah tengok kelibat beliau di mana-mana program PAS sama ada kecil atau besar.

Mengenai pertuduhan yang Nasharudin hadapipun, duit yang beliau terima dari jumlah RM3.7 juta itu, RM2.6 juta masuk ke NGO berkaitan Kerajaan BN ketika itu. Selebihnya lagi RM1.1 juta, saya dapati adalah gaji Nasharudin sebagai Pengerusi NGO beliau yang betullah memang besar gaji beliau.

Munasabahlah agaknya kerana itu beliau pun macam sudah tidak minat ke program PAS lagi. Lifestyle pun gaya sudah lain bila lebih 10 tahun tinggalkan PAS. Macam gaya Pak-pak Menteri PANlah! Selain itu ada yang berkaitan bayaran bangunan yang tidak ada kena mengenapun dengan PAS.

Jadi, mana dia dakwaan yang RM90 juta 1MDB tu? Saya harap YBM Dato’ Raja hati-hatilah. Tak baik fitnah begini.

PRU14 beliau bertanding di Parlimen Kuala Terengganu. Pertandingan 3 penjuru. Saya mewakili PAS, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail mantan Setiausaha Kerajaan Negeri yang sejurus bersara mewakili Umno dan beliau sebagai calon PAN juga sebagai Pengerusi PAN Terengganu.

Jika benar PAS terima habuan dari Umno, kami tidak berlawan, tapi kami akan berkawan dan berpakat kalahkan PAN cukup-cukup. Ini tidak. Kami lawan betul-betul. Umno bukan letak calang-calang orang sebagai calon, Jika olok-olok, baik letak siapa siapa saja sebagai ambil syarat.

Saya mewakili PAS beroleh 42,998 undi dengan kemenangan majoriti 14,773 undi. BN beroleh 28,218 undi, manakala PAN beroleh 15,380 undi.

Tidakkah YBM Dato’ Raja terfikir, kalau PAS dan Umno betul-betul tidak berlawan antara satu sama lain, berapa majoriti kekalahan PAN di Kuala Terengganu yang beliau tandingi?

Bagaimana pula jika PRU14 nanti PAS meletakkan calon yang juga heavyweight, berbanding saya yang secara relatifnya masih sangat baru?

Moga YBM kekallah bertanding di Kuala Terengganu dan hadapi kerjasama PAS-Umno yang sekian lama ‘didoakan dan diratib’ oleh PAN ini.

HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Ahli Parlimen Kuala Terengganu – HARAKAHDAILY 23/10/2019

- Advertisement -