Komik jahat, nafi sejarah umat di Tanah Melayu

- Advertisement -

DEWAN Ulamak PAS Pusat (DUPP) mendesak agar pihak berwajib mengambil tindakan tegas ke atas dalang bagi isu penyebaran komik “Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama” yang menjadi kontroversi hangat kalangan masyarakat awam dan di dalam Dewan Rakyat.

Amat dikesali apabila komik kontroversi tersebut diedarkan ke sekolah sedangkan isi kandungan yang terdapat dalamnya jelas sekali bercanggah dengan fakta sejarah malah ia boleh dikaitkan sebagai satu hasutan yang berniat jahat.

DUPP membantah sekeras-kerasnya komik kontroversi tersebut dengan beberapa hujahan iaitu:

i.     Cubaan penafian sejarah asal Tanah Melayu. Sedangkan sedia maklum bahawa Tanah Melayu ini penduduk asalnya dipenghuni oleh kaum Melayu. Dan cubaan penafian tersebut berniat jahat bagi menjayakan agenda Malaysian Malaysia.

ii.      Sikap prejudis yang jelas dengan menjatuhkan imej kaum Melayu dalam isu kemerdekaan. Sedangkan perjuangan memerdekakan Tanah Melayu dari penjajah telah pun ditiupkan semangat jihad oleh para ulamak yang membantah keras penjajahan dan sistem zalim yang dikenakan oleh penjajah. Malang sekali, apabila komik tersebut cuba mendoktrin para pembaca kalangan pelajar sekolah dengan idealogi seleweng kononnya Bintang 3 dan Komunis dilihat hero dalam isu memerdekakan negara.

Melihat kepada kontroversi yang jelas bercanggah dengan fakta sejarah dan cubaan memasukkan doktrin yang menyeleweng maka DUPP mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas:

i.     Pelukis komik atas hasutan yang dilakukan menerusi kandungan yang menimbulkan kontroversi.

ii.     Dalang edaran komik tersebut ke sekolah-sekolah kerana jelas melanggar etika persekolahan dalam cubaan mendoktrin para pelajar dengan sesuatu yang jelas bertentangan.

iii.     Mana-mana pimpinan parti yang bersubahat dan bersekongkol dalam edaran komik kontroversi ini kerana tidak menghormati sejarah dan mencalarkan imej kaum Melayu yang diiktiraf dalam Hak Istimewa yang termaktub menerusi Perlembagaan.

Justeru, DUPP menyarankan orang ramai di setiap peringkat untuk mengambil langkah yang proaktif dengan membuat laporan polis bagi memastikan satu tindakan serius lagi tegas untuk menangani doktrin jahat ini.

Di samping itu, dengan kecaknaan orang ramai dalam isu sebegini sebagai tanda bahawa sebarang ideologi dan doktrin yang salah di sisi agama dan Perlembagaan tidak boleh disebarkan bagi menjamin kesejahteraan negara dan masyarakat.

Firman Allah S.W.T:

- Advertisement -



وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةࣱ یَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَیۡرِ وَیَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَیَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”

(Ali Imran: 104)



Sekian.

YB USTAZ MOHD  NOR HAMZAH
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2664921470239351&id=112140085517515HARAKAHDAILY 22/10/2019

- Advertisement -