Connect with us

AGAMA

Allah lah sebaik baik Penjaga, Rumah nombor 13, seolah-olah tidak disentuh api.

Published

on

Allah lah sebaik baik Penjaga ::

Ini kejadian di Mesir, Sebuah apartment 5 tingkat mulai terbakar hampir lewat tengah malam…

Semua penghuni bangunan tersebut sangat terkejut bergegas menyelamatkan diri masing-masing meninggalkan barang di dalam rumah.

Menyaksikan api perlahan menjilat hampir semua rumah di bangunan tersebut..

Bangunan tersebut masih terbakar sehingga terbit matahari.

Masing-masing melihat kediaman mereka dan barangan di dalamnya hangus dijilat api, Mereka tak sempat berbuat apa-apa..

Tetapi, dengan kuasa Allah.. !!

Subhanallah…

Rumah nombor 13, seolah-olah tidak disentuh api..

Sedangkan rumah di atas dan bawahnya terbakar.

Setelah api berhasil dipadamkan, masing-masing penghuni masuk melihat keadaan rumah mereka yang sudah hangus….

Tetapi Mohamed Munir yang tinggal di rumah nombor 13, amat terkejut..

Keadaan dalam rumah mereka tidak disentuh api sedikitpun!

Masyarakat berbondong datang untuk menyaksikan kejadian yang sulit dipercayai, sungguh ajaib..

Apa yang mereka dapati rumah mereka selamat, dan Al-Quran yang sedang tersusun di almari tetap seperti saat ditinggalkan..

Mohamed Munir adalah penghafal Al-Quran, dan mereka berusaha mengulang hafalan paling kurang satu surah sehari…

Sebuah Al-Quran masih terbuka di atas meja di hadapan mereka yang digunakan untuk mengajar anaknya malam tadi dan terpaksa ditinggalkan sewaktu bergegas meninggalkan apartment mereka..

Allah Maha Berkuasa! Allah selamatkan Al-Quran dan harta mereka yang digunakan.

Mukjizat Al-Quran sebagai kalimah Allah yang sangat penting ini masih berdiri dan sering dilupakan dicelah-celah rak buku di rumah kita..

Di dunia sahaja Allah telah menunjukkan interaksi kita dengan Al-Quran menyelamatkan kita dari kebakaran..

Bagaimana pula nanti di Akhirat?

Semoga Allah mengampuni dan merahmati kita…

Doa Abu Darda: Perlindungan diri, keluarga, harta dan pagar rumah

Doa ini untuk perlindungan diri dan keluarga, juga harta dan pagar rumah.

Dibawah ini adalah doa yang selalu diamalkan oleh Abu Darda r.a. Doa ini telah diajarkan kepada beliau oleh Rasulullah S.A.W.

Didalam suatu riwayat dikatakan bahawa beliau dimaklumkan oleh seseorang yang rumah beliau sedang terbakar. Abu Darda r.a dengan yakin mengatakan yang rumahnya tidak terbakar, kerana menurut beliau Rasulullah S.A.W telah mengajarkan beliau satu doa yang kalau dibaca selepas Subuh, si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah sehingga waktu petang.

Boleh diamalkan selepas subuh dan selepas asar agar diri kita, ahli keluarga dan harta dipelihara oleh Allah.

doa abu darda

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan bagiku kecuali hanya Engkau.

Pada-Mu aku bertawakkal, dan Engkau Tuhan Arasy yang agung.

Apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi,

Dan apa yang tidak dikehendaki-Nya pasti pula tidak akan terjadi.

Tiadalah daya upaya dan tiada pula kekuatan kecuali hanya dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

Aku yakin, bahawasanya Allah berkuasa atas segala sesuatu

Dan bahawasanya Allah meliputi segala sesuatu dengan ilmunya.

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan diriku

Dan dari kejahatan segala makhluk yang melata, Engkaulah yang memegang ubun-ubunnya.

Sesungguhnya Tuhanku sentiasa berada di jalan yang lurus.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Sinar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending