RESEPI
Resepi Meatball IKEA Memng Sedap Dan Mudah

Sudah masuk bulan Ramadan ini, macam-macam makanan pula yang teringin dimakan. Antaranya adalah meatball atau bebola daging IKEA yang menjadi kegemaran ramai. Berikutan juga dengan Perintah Kawalan Pergerakan, agak sukar untuk kita mendapatkan juadah ini kerana terdapat beberapa lokasi yang tidak dapat kita kunjungi.
Jadi, salah satu caranya adalah anda boleh buat sendiri meatball IKEA ini. Nampaknya, pihak IKEA pun sudah ‘membocorkan’ resepi meatball mereka untuk kita cuba di rumah. Jom try!
RESEPI MEATBALL IKEA
Kisah semalam teringin nak makan meatball IKEA sebelum mula puasa Ramadhan. Tinggal kat luar negara ni memang tak dapat nak beli meatball kat IKEA macam kat Malaysia nun. Maka, kena buat sendiri. Nasib baik IKEA share resepi rahsia dorang. Ikut sebijik sama macam dalam resepi, cuma of course tak guna pork mince ya, ganti pakai halal beef mince 100% sahaja.
Resepi ada dalam gambar pertama. Selamat berpuasa semua!
Resepi ni saya dapat dari official page IKEA Australia. Ada beberapa perubahan yang saya buat:
- 1) Tak guna pork mince (daging babi). Hanya beef mince sahaja 750g.
- 2) Tak guna vegetable stock dan beef stock. Gantikan dengan 2 kiub pati daging dan 300ml air.
- 3) Untuk soy sauce (kicap), saya guna kicap lemak manis.
Untuk yang tak dapat baca resepi dalam gambar, berikut saya sertakan resepi:
-750g daging cincang
-100g serbuk roti
-1 biji bawang besar – cincang halus
-1 ulas bawang putih – cincang halus
-1 biji telur
-5 sudu besar susu full cream
-Garam dan lada hitam
1. Campur semua bahan di atas sampai sebati. Bulatkan jadi bentuk bebola daging. Simpan dalam peti beku 20 minit sebelum masak.
2. Goreng sebentar atas kuali sampai sedikit perang.
3. Dah nampak brown sikit, terus masukkan dalam oven. Kalau guna kuali yg tangkai besi macam ni, boleh masuk terus dalam oven. Kalau kuali tangkai plastik, jangan tau. Tak pasal-pasal cair nanti. Masukkan dalam oven selama 30 minit, suhu 180 darjah celcius (oven biasa) atau 160 darjah celcius (fan force oven).
BAHAN BUAT GRAVY
-40g mentega
-40g tepung gandum
-2 kiub pati daging
-300ml air
-2 sudu kecil kicap lemak manis
-1 sudu kecil Dijon mustard
-150ml krim masakan/dairy whipping cream
1. Cairkan mentega. Masukkan tepung dan kacau untuk 2 minit.
2. Masukkan kiub pati daging, hancurkan.
3. Masukkan 300ml air sambil kacau oerlahan untuk elakkan berketul.
4. Masukkan kicap, dijon mustard dan krim. Ini penting untuk dapatkan rasa kuah sama macam kat IKEA. Dijon mustard. Pastikan Dijon ye, bukan mustard kuning biasa tu.
5. Kacau sampai pekat dan tidak berketul.
Sumber: Zan Zafirah Zainal
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Sinar
-
TERKINI2 years ago
Sape Yang Tak Sedih Anak Dah Tertiarap Selama 42jam , Ayah Kepada Siti Sarah Turut Bersedih Namun Tak Mahu Untuk Ditemubual
-
AGAMA3 years ago
Cara Mengamalkan Al-Fatihah Untuk Diri Sendiri, Memang Rugi jika tak Amal
-
Uncategorized1 year ago
Subhanallah..Meningg4I Di Depan Mak4m Nabi, Rupanya lni AmaIan Sepanjang Hay4tnya
-
AGAMA2 years ago
Sesuai Sabda Rasulullah, 5 Lokasi Ini Berhubungan Erat dengan Tanda-Tanda Kiamat Besar
-
AGAMA3 years ago
Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah yg dahsyat
-
TERKINI2 years ago
(TERKINI) Noor ShafieIa Mningg4I Dun1a,Anak Prempvan Safura Yaacob
-
AGAMA3 years ago
Pulangkan Balik Sihir Kepada Tuannya Dengan Membaca Surah Az-zalzalah 3 Kali
-
AGAMA4 years ago
Sepenat Mana Kerja Suami, Takkan Dapat Lawan Penat Isteri di Rumah